" "
Artikel Pilihan

FORD POLICE INTERCEPTOR – SATU-SATUNYA KERETA POLIS YANG MAMPU MEMBUNUH CORONAVIRUS

Kereta polis mampu bunuh virus? Macam mana caranya? Dengan tembakan ataupun gunakan senjata renjatan elektrik? Semua tak betul tu. Ford baharu sahaja menyiapkan satu perisian yang mampu membersihkan ruang dalaman kenderaan Police Interceptor Utility sekaligus mengelakkan jangkitan kepada pegawai polis yang menggunakannya.

Penyelesaian dicapai dengan menaikkan suhu dalaman kabin kepada 56C selama 15 minit setiap kali tukaran syif. Ford menyatakan yang ia mampu membersihkan semua titik sentuhan sekaligus membunuh coronavirus. Perisian ini boleh dilengkapkan pada kesemua unit Police Interceptor Utility bermula dari model keluaran 2013 sehingga ke yang terkini.

Para jurutera mula membuat kajian untuk membersihkan dalaman kereta menggunakan kepanasan sejak Mac lalu. Ini kerana pihak polis memerlukan cara yang lebih efisyen untuk membersihkan kereta kerana mereka sentiasa perlu bergerak pantas.

Leceh la kalau asyik nak lap dengan kain dan penyembur sanitizer. Malah di New York kadang kalau kereta polis digerakkan untuk membawa pesakit jika mereka kekurangan ambulan dalam keadaan kecemasan.

Perisian tersebut akan menaikkan putaran enjin ke tahap yang lebih tinggi dengan sistem pemanas akan menyalurkan udara panas yang lebih tinggi ke bahagian dalam kabin selama 15 minit (menurut laporan WHO, coronavirus akan mati jika didedahkan kepada suhu setinggi 56°C secara berterusan selama 15 minit).

Semasa proses tersebut dilakukan, lampu-lampu signal dan lampu belakang akan berkelip menandakan proses sanitasi sedang dilakukan. Malah proses tersebut juga dipaparkan di unit paparan kenderaan. Kalau ada yang tersilap masuk masa tu memang berpeluh sampai ketiak la jawabnya.

Penyelidikan dilakukan oleh Ford bersama dengan pakar mikrobiologi Ohio State University bagi memastikan ia mampu berfungsi dengan baik. Malah proses ini mampu membersihkan ruang dalaman kabin sehingga 99 peratus. Jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pembersihan menggunakan tangan.

Ford sudah mula mengujinya pada kenderaan polis bandaraya New York, Los Angeles, Michigan, Massachusets, Ohio, Florida dan Kuala Berang (maaf, Kuala Berang tu tipu). Malah mereka juga bersedia untuk memasang perisian ini ke mana-mana kenderaan polis yang lain. Best jugak kalau dapat pasang dekat Tiara 2JZ abang Japar ni.

Sumber autoblog.com

Google ads
Back to top button