Buletin

ASTON MARTIN PERKENAL SIMULATOR AMR-C01. TERHAD 150 UNIT, RM307K SAHAJA

Aston Martin memperkenalkan simulator perlumbaan yang diinspirasikan daripada kereta lumba. Dikenali sebagai AMR-C01, simulator itu menawarkan pengalaman bermain permainan video dalam kemewahan sebenar. 

Dibangunkan dengan kerjasama Curv Racing Simulators, AMR-C01 yang dihasil menggunakan tangan ditawarkan pada harga £57,500 (RM307,00) dan terhad kepada 150 unit sahaja.

Direka oleh pasukan pereka bentuk dalaman Aston Martin, simulator tersebut dibina menggunakan monokok gentian karbon. 

Ia menyediakan posisi tempat duduk yang diinspirasikan daripada hypercar Valkyrie.

Bahagian hadapan pula dipasang dengan gril klasik Aston Martin. Simulator itu hadir berikutan perkembangan e-sukan yang kian popular sejak pandemik COVID-19. 

Aston memberitahu alat berkenaan boleh digunakan secara rekresional atau untuk latihan bagi pemandu yang mahu bersaing dalam dunia maya atau sebenar. 

“AMR-C01 adalah tentang kecintaan terhadap perlumbaan. Kami telah menghasilkan satu simulator yang menjanjikan pengalaman mengasyikkan di rumah pelanggan.

“Matlamat kami adalah untuk memberi keseronokan tertinggi dalam bentuk realiti maya sama seperti perlumbaan sebenar,” kata Ketua Curv Racing Simulators yang juga pemandu Aston Martin, Darren Turner. 

Mesin itu sesuai dengan perisian francais sukan bermotor maya Assetto Corsa dan boleh didapati dalam pelbagai liveri daripada prohtam sukan bermotor Aston.

GALERI

Google ads
Back to top button