Buletin

GBP 500J (RM2.7B) SETAHUN BAIKI LUBANG JALAN DI UK!

Pada 11 Mac kerajaan United Kingdom membentangkan belanjawan 2020 yang merupakan pimpinan pertama perdana menteri Boris Johnson. Pembentangan itu dibuat oleh Chancellor of the Exchequer Rishi Sunak.

Dalam dua tahun kebelakangan, UK mengalami beberapa peristiwa seperti pertukaran perdana menteri, pilihan raya umum, perdebatan mengenai Brexit dan dua kali pertukaran canselor dengan Sunak baru memegang jawatan tidak sampai sebulan.

Satu perkara menarik mengenai belanjawan UK ialah pelaburan besar untuk jalan raya dan pembaikan lopak.

Canselor Rishi Sunak mengumumkan menjelang penghujung 2024-2025 sekitar GBP640 bilion (RM3.49 trilion) modal pelaburan kasar diperuntukkan termasuk pelaburan terbesar di dalam jalan raya strategik Inggeris.

Lebih GBP27 bilion (RM147.3 bilion) bakal dibelanjakan sehingga 2025 untuk memperbaiki jalan dan lebuh raya di England.

Juga akan ditambah ialah naik taraf jalan tempatan bagi mengurangkan kesesakan dan memperbaiki masa perjalanan.

Di antara projek pembinaan jalan raya ialah pembesaran A66 Trans-Pennine, membina lintasan Lower Thames dan pelbagai naik taraf jalan tempatan.

Satu lagi peruntukan menarik ialah Tabung Lubang/Lopak Jalan Raya (Pothole Fund) sebanyak GBP500 juta (RM2.72 bilion) setahun.

Menurut canselor, jumlah itu mencukupi untuk menutup sekitar 50 juta lopak jalan raya di seluruh negara.

Penambahan peruntukan untuk pembaikan itu bermakna kerajaan akan membelanjakan GBP1.5 bilion (RM8.18 bilion) bagi menampal lopak dan menurap jalan raya untuk tempoh 2020 hingga 2021.

Tags
Google ads
Back to top button