Buletin

GILIRAN HAJI SUHAIMI MENJUARAI RALI PERAK 2017

Minggu sudah telah berlangsungnya pusingan ketiga Malaysian Rally Championship 2017 (MRC) di Seri Iskandar, Perak yang dijuarai oleh Hj Suhaimi Nasro Ali dari pasukan DWau One Motorsports BDRT. Kemenangan manis buat Hj Suhaimi kerana berjaya memenangi di bumi kelahiran sendiri, dan juga buat pasukan yang turut berpangkalan dari Perak.

BACA : RODUWAN RASHID JUARA MRC 2017 RALLY OF PERLIS

BACA : JOM KENALI SUTAN MUSTAFFA SALIHIN (SMS)

Di dalam persaingan yang panas terik itu, kemenangan menjadi milik Hj Suhaimi setelah kereta yang Impreza yang dipandu oleh Rafiq Udhaya yang mengalami masalah turbo dan terpaksa bersara daripada perlumbaan. Tambah menarik, Hj Suhaimi turut diraikan di atas podium bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran beliau. Sempat lagi potong kek tu der!

Kemenangan pasukan DWau One Motorsports BDRT ini turut menebus kembali kekecewaan di Johor tempohari yang telah dimenangi oleh Rafiq dari pasukan MRU Motorsport. Tempat kedua keseluruhan pula menjadi milik Dinie Nazmie Abd Rahman yang memandu Proton Satria yang turut menjuarai bagi kategori P10.

Tempat ketiga pula sekali bagi diraih pemandu Mohd Henzee Hamzah, juga daripada DWau One Motorsports BDRT. Handal sungguh pasukan ini apabila beraksi di kampung sendiri.

Dan malang terus menimpa buat jaguh rali negara, Karamjit Singh dengan Proton Gen2 beliau yang sekali lagi gagal menamatkan perlumbaan pada Leg 1. Turut gagal menamatkan Leg 1 ini termasuklah juara MRC Perlis yang lalu, Roduwan Rashid dan juga Kenneth Koh yang turut membuat penampilan semula pada saingan di Perak ini.

Begitu juga dengan pemandu handalan, Hj Sutan Mustafa yang gagal beraksi cemerlang akibat masalah jentera dan terpaksa berpuas hati di tempat 13 keseluruhan tanpa membawa pulang kejayaan keseluruhan bagi 2wd. Namun, apa yang menarik dalam edisi di Perak ini, pelumba wanita handalan, Gina Finanza terus beraksi konsisten sama seperti ketika aksi di Johor.

Walaupun hanya memandu kereta tua Proton Saga AB, namun Gina masih mampu menamatkan di tempat ke 14 keseluruhan daripada 19 buah kereta yang berjaya menamatkan perlumbaan.

Perlumbaan berikutnya bagi pusingan terakhir dijangka berlangsung di Melaka pada Disember nanti. Pusingan terakhir pasti sengit bagi menentukan juara keseluruhan MRC 2017 ini nanti bagi bagi kategori 4wd mahupun 2wd.

Kredit Foto : Malaysianrally.com

Google ads

B K

Back to top button