GIVI ANTARTICA B42. REKAAN ELEGAN, RM420, KAPASITI 42 LITER
Pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia, GIVI melancarkan revolusi kotak simpanan terbaharunya, Antartica B42 Monolock Top Case.
Menampilkan rekaan baharu yang lebih dinamik dan elegan, kotak simpanan yang diperbuat daripada Polypropylene (PP) itu ditawarkan pada harga RM420 seunit.
Didatangkan dengan kapasiti 42 liter, ia mempunyai ruangan besar sekali gus mampu menyimpan dua buah helmet jenis demi jet ataupun satu topi keledar modular.
Dari segi aspek keselamatan, GIVI sentiasa mementingkan pada setiap produk keluarannya untuk memberi keselesaan kepada pengguna.
Elemen prismatik reflektif di setiap empat penjuru bahagian hadapan dibangunkan bagi meningkatkan tahap penglihatan penunggang ketika berada di atas jalan raya.
Selain itu, Antartica B42N juga dilengkapi sistem micro tiga locking. Sistem penguncian terkini ini membolehkan penunggang mengunci kotak simpanan dengan lebih efisien dan selamat.
Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, pihaknya melihat E43 menjadi salah satu kotak simpanan paling popular dalam kalangan penunggang motosikal terutama di Malaysia.
“Ruang kapasiti yang besar membolehkan pengguna membawa barang dalam kuantiti banyak. Bahkan, ia amat bersesuaian dengan semua jenis motosikal sehingga menjadi pilihan penunggang.
“Justeru, pembangunan Antartica B42N berdasarkan kejayaan tersebut. Dengan menawarkan kapasiti 42 liter, berbentuk segi empat tetapi diolah dengan revolusi reka bentuk baharu dan penambahbaikan agar tahap penglihatan lebih sempurna,” katanya.
Beliau yakin produk terbaharu ini akan memberi impak yang baik, walaupun dalam keadaan ekonomi mencabar.
Antartica B42N akan mula berada di pasaran pada bulan Ogos ini di GIVI Points dan pengedar-pengedar sah GIVI seluruh dunia.
- BACA: KOTAK GIVI B32 BOLD – REKA BENTUK LEBIH BERSEGI, 32 LITER, RM222 SEUNIT
- BACA: NANTIKAN KEMUNCULAN MOTOSIKAL 2-LEJANG BAHARU DARI ENGLAND – ADA LAGI KE ORANG NAK BELI NI
- BACA: RASMI SUDAH KOLABORASI BAJAJ DAN TRIUMPH. MAHU JUAL MOTOSIKAL PADA HARGA BERMULA RM11K
- BACA: SPIDI PERKENAL JAKET MOTOSIKAL KONSEP MISSION BETA – KALIS PENCEMARAN UDARA