Motosikal

KOTAK GIVI B32 BOLD – REKA BENTUK LEBIH BERSEGI, 32 LITER, RM222 SEUNIT

Jenama aksesori motosikal terkenal, GIVI Asia Sdn. Bhd (GIVI Asia) semalam memperkenalkan kotak penyimpanan barang terbaharunya, Monoblock B32 BOLD.

Ditawarkan pada harga RM222 seunit (termasuk GST), ia akan mula memasuki pasaran tempatan mulai minggu depan.

Kotak bersaiz sederhana (32 liter) itu dilihat boleh menjadi aksesori penting untuk pengguna motosikal kapcai atau skuter bersesaran sehingga 150cc.

Biarpun begitu, kotak B32 BOLD yang mempunyai kapasiti beban sehingga 3 kilo itu sebenarnya boleh dipasang pada mostosikal berkuasa lebih tinggi sehingga lebih 650cc. Selagi ia menggunakan tapak dan kerangka yang betul.

Seramai 50 orang rakan media yang menyertai program “Tunggan Penghargaan Media” dari Kuala Lumpur ke Port Dickson menjadi pengguna pertama kotak barangan tersebut.

Dihasilkan kilang GIVI Asia di Bukit Beruntung, Selangor, ia merupakan hasil rekaan anak tempatan. Berbeza dengan kotak GIVI sebelum ini, B32 BOLD mempunyai rekaan yang lebih bersegi. Penampilannya semakin bergaya dengan kemasan berwarna perak pada bahagian atasnya.

Bukan sekadar menarik perhatian, kotak barangan ini hadir bersama sistem kunci Monolock. Ia merupakan teknologi yang dipatenkan khas oleh GIVI untuk kotak bersaiz kecil dan sederhana.

Cara penggunaannya juga mudah. Dengan hanya satu klik, anda boleh menutupnya tanpa perlu mennggunakan kunci. Pemegang pula memudahkan pengguna untuk membawa kotak itu sebaik sahaja ia dibuka daripada pelantarnya.

Bagi membolehkannya bertahan dengan kondisi cuaca dan penggunaan yang lasak, kotak tersebut dihasil menggunakan material polypropylene (PP).

Sama seperti kotak barangan GIVI yang lain, B32 BOLD didatangkan dengan jaminan selama dua tahun. Lebih menarik lagi, pelanggan tidak perlu bimbang dari segi kebolehdapatan alat gantinya. Selain Malaysia, B32 BOLD turut akan dieksport ke pasaran luar tidak lama lagi.

Baru-baru ini, GIVI Asia telah berjaya mencatat jualan lebih satu juta unit kota barangan di Malaysia. Walaupun angka itu nampak besar, namun ia hanya mewakili 20 peratus daripada pasaran motosikal tempatan.

Dalam erti kata lain, daripada sepuluh buah motosikal berkapasiti kecil yang dijual, hanya dua dipasang dengan kotak GIVI.

GIVI Asia menjual sekitar 10,000 unit kotak sebulan. Angka jualan memang meningkat, tetapi masih ramai yang belum faham mengenai kepentingan kotak ini.

Sebenarnya penggunaan kotak ini penting buat pengguna motosikal. Terutama untuk menyimpan topi keledar, baju hujan dan pelbagai barangan berharga dengan lebih selamat.

“Kajian yang kami laksanakan mendapati penunggang motosikal tidak mahu memasang kotak kerana tiga sebab. Pertama, saya tidak memerlukannya. Kedua, ia tidak cantik dan ketiga, kotak ini boleh memberi kesan terhadap tunggangan saya. Mana ada begitu.

“Persepsi ini tidak betul. Penunggang akan sedar betapa bergunanya kotak ini sebaik sahaja mereka atau melihat orang lain memasang dan menggunakannya.

“Jadi, kami akan terus mendidik pengguna tentang faedah menggunakan kotak barangan ini,” kata Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perruca.

Menurut Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee, pihaknya menjangkakan pertumbuhan sebanyak 25 peratus pada tahun 2017 berbanding 20 peratus untuk tahun lalu. Untuk makluman, GIVI Asia kini mempunyai lebih 300 pengedar utama di seluruh negara.

BACA: HELMET RETRO GIVI

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button