Buletin

GOODYEAR TAJA TAYAR BERNILAI RM30K KEPADA ST.JOHN AMBULANCE MALAYSIA

Goodyear Malaysia baru-baru ini menyumbang tayar bernilai RM30,000 kepada St. John Ambulance Malaysia dalam usaha meningkatkan keselamatan ambulans.

Penajaan itu melibatkan tayar Goodyear Cargo Marathon 2 dan Assurance Duraplus 2 . Hadir pada penyerahan tajaan ialah Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng, dan Ketua Pegawai Operasi Ambulans St. John Malaysia, Dato’ Yeo Kim Thong.

Goodyear memberi tajaan kepada St.John Ambulance sejak 2006. Ia merupakan usaha berterusan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, selain memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan tayar terutama untuk kenderaan seperti ambulans.

Ambulans St. John Ambulance Malaysia menyediakan perkhidmatan 24 jam kepada semua panggilan kecemasan, termasuklah pengangkutan pesakit COVID-19.  Pada tempoh kemuncak wabak, St. John Ambulance Malaysia membawa lebih 400 pesakit COVID-19 ke Hospital Klang.

Goodyear Malaysia secara aktif menganjurkan inisiatif kemanusiaan. Buktinya, Goodyear terus menyokong St. John Ambulance dan Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia dengan tajaan kira-kira 1,000 tayar yang digunakan oleh lebih 50 unit ambulans.

Google ads
Back to top button