Buletin

MITSUBISHI MOTORS BUKA PUSAT 3S BAHARU DI RAWANG

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan pengedar sah Lofty Ambition (Rawang) Sdn. Bhd membuka Pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) di Rawang baru-baru ini.

Ini merupakan cawangan keempat Lofty Ambition dengan tiga yang pertama di Ipoh, Taiping, Sitiawan dan cawangan pengedar ke-16 Mitsubishi Motor di Lembah Klang.

Selain menempatkan ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WIFI, outlet itu turut dilengkapi pusat dan ruang servis.

“Mitsubishi Motors dan Lofty Ambition telah menjadi rakan perniagaan sejak 2014. Dalam tempoh lapan tahun, Lofty Ambition telah membuka empat bilik pameran Mitsubishi. Ini menunjukkan keyakinan syarikat terhadap jenama Mitsubishi, serta komitmen untuk mengukuhkan lagi kehadiran Mitsubishi di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda.

Bilik pameran baharu itu akan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di Lembah Klang memandangkan ia mempunyai potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan, terutamanya untuk trak pikap Triton dan XPANDER.

Pada separuh pertama tahun ini, MMM mencatat jualan 12,261 unit iaitu kenaikan sebanyak 63 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Anggaran perkongsian pasaran 4 peratus membolehkan Mitsubishi Motors mengekalkan tiga tempat teratas sebagai jenama bukan nasional di Malaysia.

Pusat 3S baharu itu terletak di 5G, 7G, 9G, Jalan Millenium, Pusat Perniagaan Rawang Millenium, 4800 Rawang, Selangor. Ia dibuka dari Isnin hingga Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, manakala pada hari Ahad dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Google ads
Back to top button