
PASRAH MOTOSIKAL DISITA, RIDER FOOD PANDA BERJALAN KAKI RAIH SIMPATI NETIZEN, TAWAR BANTUAN
Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang penunggang p-hailing berjalan kaki sambil menggalas beg penghantaran makanan.
Lelaki berkenaan dilihat berjalan dan masih memakai topi keledar dalam cuaca panas selepas tidak dapat meneruskan kerja mencari rezeki kerana motosikalnya dipercayai disita Jabatan Pengangkutan Jalan, di Nilai, Negeri Sembilan.
Rentetan kejadian itu, beberapa pengguna aplikasi TikTok termasuk pempengaruh media sosial mahu membantu dengan memberikan motosikal lain sebagai ganti.

“Tag owner (pemilik) tu kat saya, saya nak bagi motosikal untuk dia,” kata individu yang dikenali sebagai @AJK.
Turut mahu membantu rider terbabit adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai @afiz utara.
“Siapa kenal, tag dia. Saya nak bagi motosikal baru,” katanya.

Pada masa sama, seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Aisar Khaled turut berminat untuk membantu rider tersebut.
“Boleh saya dapat contact (nombor telefon) abang ini secepat mungkin?” soalnya.
Sehingga ini, klip video di TikTok itu mendapat lebih 26,000 tanda suka dan dikongsi lebih 3,200 kali. – KOSMO! ONLINE
- BACA: RIDER PATAH BALIK, MINTA MAAF KEPADA ABANG LORI SEBAB TUNGGANG SECARA MERBAHAYA
- BACA: RIDER HANTAR BARANG BINGUNG TERPAKSA CARI WANG BAWAH PASU BUNGA
- BACA: RIDER JADI WIRA SELAMATKAN KANAK-KANAK HAMPIR DILANGGAR SEMASA LINTAS JALAN
- BACA: RAKYAT MALAYSIA JADI RIDER FOOD PANDA DI SINGAPURA – RAIH PENDAPATAN RM2.8K DALAM MASA DUA HARI