Motosikal

MAS2024: QJMOTOR FORTRESS 350 KINI DI MALAYSIA – RM23,888

MForce Bike Holdings melancarkan skuter maxi pertama dari QJMotor menerusi Fortress 350 yang ditawarkan pada harga RM23,888. 

Ciri utama yang paling mencuri perhatian adalah reka bentuk keseluruhan  Fortress 350 yang bukan saja tampak moden malah menepati cita rasa skuter maxi masa kini. Ini kerana reka bentuk skuter ini direka oleh Ricardo Motorcycles, pereka sama yang bertanggungjawab mereka BMW C 400 X dan C 400 GT. 

Atas kertas, QJMotor Fort 350 dipacu enjin satu silinder 350cc 5-valve SOHC dengan sistem penyejukan ceair yang berupaya menjana 33.8hp dan 35.2Nm. 

Sebagai skuter maxi, motosikal ini hadir dengan transmisi jenis CVT dan tangki bahan api berkapasiti 14 liter. Kelengkapan lain turut ditawarkan termasuk fork teleskopik, cakera brek depan (berkembar) serta rim 15-inci depan dan 14-inci belakang. 

Selain itu turut ditawarkan penghadang angin boleh laras secara elektrik, ABS dwi-saluran, sistem keyless (menggunakan kad NFC), lampu LED penuh, panel meter TFT 7-inci dan pengecas USB. 

Skuter ini juga hadir dengan fungsi TPMS (tyre pressure monitoring system) dan kamera ‘dashcam’ di depan. 

GALERI: QJMOTOR FORTRESS 350

Google ads
Back to top button