Buletin

HADIAH UTAMA PETRONAS PRIMAX 97 WITH PRO-RACE FUEL CONTEST MILIK PERUNDING IT. MENANG VERDI ECO-DOMINIUM BERNILAI RM600K

Perunding Teknologi Maklumat (IT), Afzar Abdul Aziz memenangi hadiah utama PETRONAS Primax 97 with Pro-Race Fuel Contest sekali gus menerima Verdi Eco-dominium ditaja UEM Sunrise Berhad bernilai kira-kira RM600,000.

Dalam pertandingan tersebut, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperuntukkan hadiah bernilai hampir RM 1 juta kepada 350 pemenang bertuah.

Ia termasuk Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line bernilai RM300,000, yang dimenangi Ooi Kin Shun apabila dinobat sebagai pemenang pertama pertandingan itu.

Afzar memberitahu, kerjaya sebagai perunding IT menuntut dirinya kerap kali mengembara untuk menemui para klien dan melawat tapak pekerjaan.

“Saya sangat terperinci berhubung penggunaan bahan api kerana ingin merasai pengalaman pemanduan selesa.

“PETRONAS Primax 97 with Pro-Race baharu merupakan jawapan tersebut kerana dapat memberi kelainan dan perbatuan lebih apabila memandu,” katanya.

Afzar menambah apabila PETRONAS menganjurkan pertandingan berkenaan, dia merasakan memiliki peluang untuk memenangi kerana sentiasa mengisi petrol PETRONAS malah merupakan pengguna Setel.

“Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu grand dan tidak dapat membayangkan air muka isteri serta anak-anak apabila memaklumkan kepada mereka telah memenangi Verdi Eco-dominium daripada UEM Sunrise.

“Saya sangat bersyukur apatah lagi ketika berdepan masa sukar pada waktu ini. Saya juga berharap mereka terkesan sentiasa dipermudahkan urusan dan berada dalam keadaan selamat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pemenang pertama, Ooi yang merupakan pengguna Setel berkata sebagai pemandu Grab, dia tidak pernah memenangi hadiah yang merubah hidupnya.

“Kemenangan ini sudah tentu mengubah kehidupan keluarga saya terutama ketika berdepan pandemik.

“Saya akan meneruskan menggunakan PETRONAS Primax 97 with Pro-Race kerana telah merasai sendiri pengalaman prestasi dan terdapat kelainan berbanding bahan api lain seperti melindungi enjin serta menambah perbatuan kenderaan,” katanya.

Selain hadiah utama, seramai sembilan pemenang memenangi bekalan bahan api selama satu tahun bernilai RM3,000.

Bagi 300 peserta bertuah pula, mereka menerima e-baucer Setel bernilai RM100 yang boleh digunakan di Kedai Mesra manakala dua unit minyak pelincir PETRONAS Syntium 3000 5W-30 bernilai RM360 diterima 60 pemenang.

PETRONAS Primax 97 with Pro-Race Contest yang bermula pada 1 Mac sehingga 31 Mei memerlukan para pelanggan mengisi PETRONAS Primax 97 with Pro-Race pada isian minimum RM40 dalam satu resit melalui tiga transaksi berbeza dalam tempoh bulan sama sepanjang pertandingan.

Ia diadakan sempena pelancaran PETRONAS Primax 97 with Pro-Race baharu yang dibangunkan untuk memberi tiga manfaat utama kepada pengguna jalan raya iaitu kuasa, responsif dan kecekapan.

PETRONAS Primax 97 with Pro-Race baharu ini mempunyai ciri-ciri unik yang dirumus melalui pengubahsuaian teknologi Advanced Dual Friction pertama di dunia.

Teknologi ini, 25% lebih efisien dalam mengurangkan geseran berbanding produk sebelumnya.

Produk ini juga mampu mengurangkan pelepasan karbon melalui peningkatan interaksi antara bahan api dan minyak pelincir malah mampu menambah kecekapan bahan api bagi pemanduan lebih jauh.

Petrol baharu ini juga mampu menghapuskan sehingga 99.9% deposit di bahagian utama enjin, menyerlahkan potensi kereta untuk mencapai kuasa maksimum dengan mudah.

Sementara itu, Ketua Peruncitan PDB, Khalil Muri berkata pertandingan berkenaan merupakan salah satu usaha memberi ganjaran kepada para pelanggan yang bersama-sama membangun bersama PDB.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong menambah, pihaknya berharap pertandingan berkenaan dapat memberi keceriaan, optimis dan senyuman kepada komuniti setia PETRONAS.

Untuk keterangan lanjut berhubung Primax 97 with Pro-Race Contest boleh melayari www.mymesra.com.my.

Google ads
Back to top button