Buletin

HALANG LALUAN PEJALAN KAKI, ALPHARD PUTIH TERUK DIKECAM NETIZEN

Rantaian ciapan oleh pengguna Twitter @monkeydisease menarik perhatian netizen apabila memaparkan sebuah Alphard berwarna putih diletakkan di atas laluan pejalan kaki.

“Wow, Alphard nombor plat J*** tiada wang untuk parkir di tempat yang betul? Saya bersama bayi terpaksa berjalan di bahu jalan raya disebabkan oleh keluarga kaya ini,” luah pengguna Twitter terbabit.

Menerusi rantaian ciapan itu, @monkeydisease turut menyatakan bahawa dia berharap pemilik Alphard terbabit dimurahkan rezeki supaya mampu untuk membayar ruang parkir yang betul dan pejalan kaki mendapat semula hak mereka.

Perkara itu menarik perhatian netizen dan ada yang mencadangkan supaya saman diberikan mengikut kelas kereta bagi menakutkan pemandu daripada meletak kenderaan sembarangan.

“Orang kaya tak parking kat parking lot sebab mampu bayar saman. Apalah sangat bayar saman kalau boleh parking ikut suka hati.”

Komen lain, “Tesla juga pernah letak kereta ikut suka! Sesetengah pemandu selamba sambil merokok tanpa rasa serba salah parking di tempat yang salah. Mampu beli kereta besar tapi tak mampu bayar parking 2-4ringgit meh?”

Untuk makluman, kesalahan meletakkan kenderaan hingga menghalang laluan pengguna lain boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – The Rakyat Post

Google ads
Back to top button