Buletin

HARRIER 2021 DENGAN BODYKIT TRD. LEBIH SPORTY, GARANG

Pada bulan lalu, Toyota telah memperkenalkan model Venza/Harrier  2021 untuk pasaran Amerika Syarikat. Crossover baharu itu bagaimanapun tidak nampak agresif.

Biarpun baharu sahaja dilancarkan, ia tidak menghalang divisyen TRD untuk menawarkan kit badan dan aksesori kepada peminat Harrier untuk memastikan kenderan mereka lebih sporty dan garang.

Ia tidak terbatas kepada peningkatan kosmetik, kit badan yang ditawarkan merangkumi spoiler hadapan, skirt sisi, spoiler bamper dan ekzos sport.

Rim aluminium rekaan turbine bersaiz 20 inci yang disarung pada tayar menambahkan lagi ‘kejantanan’ kenderaan ini.

Selain itu, bahagian tingkap crossover itu turut mendapat perhatian. Visor sisi sports serta jalur badan GR berwarna merah hitam di bahagian sisi crossover tersebut dipasang untuk menyerlahkan lagi sifat agresif yang cuba disampaikan TRD.

Aksesori lain termasuk jalur tali pinggang merah, pelapik lantai dan pelindung matahari GR.

Secara keseluruhan, penampilan GR Venza atau Hariier dengan bokykit TRD pasti menarik perhatian para penggemar GR. – carbuzz

Google ads
Back to top button