Buletin

HASILKAN KERETA SETIAP HARI, TETAPI TIDAK PERNAH MEMANDU

Sempena sambutan Hari Wanita pada 8 Mac lalu, Nissan memberi kejutan istimewa kepada beberapa orang pekerja wanita di kilang Resende, Brazil.

Walaupun Ana Beatriz Correa, Camila Josué, Letícia Menezes dan Michele de Souza membantu menghasilkan kereta setiap hari, tetapi mereka semua tidak pernah memandu.

Bagi mereka, keinginan untuk memandu terhalang akibat pelbagai masalah. Antaranya takut membuat kesilapan, kurang sumber dan sokongan, atau tidak mempunyai masa kerana sibuk mencapai impian dalam kerjaya.

“Setiap hari apabila saya membuat pemeriksaan terakhir, saya terfikir: Hari saya akan tiba juga nanti. Jadi saya boleh anak bersiar-siar,” kata Letícia Menezes.  

Memahami perasaan itu, Nissan menjemput wanita-wanita tersebut untuk berbicara tentang impian masing-masing. Mereka kemudian dipilih untuk menghadiri kelas memandu dengan lagenda rali Brazil, Helena Deyama.  

Selain diajar asas-asas memandu seperti memegang stereng dengan betul, mereka juga ditunjukkan cara bagaimana untuk menggantikan tayar pancit.

“Saya harap dapat memberi perubahan dalam kehidupan mereka. Memberi inspirasi dengan kisah peribadi saya dalam mengatasi masalah prejudi dan segala kepayahan demi mencapai cita-cita menjadi seorang pemandu rali wanita,” kata Deyama.

Selepas seharian memandu di kompleks Nissan, mereka semua mendapat kejutan. Apakah kejutan itu, sila tonton video di bawah.

Google ads
Back to top button