,
Buletin

MUSTANG MACH 1 2021 DIJANA ENJIN N/A COYOTE V8 5.0 LITER, 525HP

Ford mengesahkan kehadiran sebuah lagi model baharu iaitu Ford Mustang Mach 1 2021 yang merupakan kemunculan semula Mach 1.

Agak sukar membayangkan kali terakhir Mustang dan Mach 1 bergandingan nama dalam satu model adalah pada 16 tahun dahulu yang merupakan generasi keempat Mustang.

Begitupun, kalau diimbas lebih lama Mach 1 ini telah melakukan debut seawal tahun 1969 lagi sebagai satu pakej prestasi lebih tinggi.

Ford Mustang baharu ini akan hadir dengan enjin Coyote V8 5.0 liter. Sekali gus memberi gambaran prestasinya berdasarkan Mustang Bullitt.

Ford juga memaklumkan bahawa ia mahu model itu mencapai kuasa 525hp dan tork 610Nm, lebih berkuasa berbanding model Bullitt.

Kemunculan Mach 1 2021 berkait rapat dengan khabar angin bahawa Ford Mustang Shelby GT350 akan digantikan dengan jentera baharu yang lebih berkuasa ini.

Masih terlalu awal untuk mengetahui bagaimana Ford akan memaksimumkan prestasi enjin Coyote V8 aspirasi biasa itu untuk mencapai sasaran mereka. – motor1.com.

Tags
Google ads
Back to top button