,
Buletin

HITACHI AUTOMOTIVE SYSTEM DIBENTUK – JENAMA KEIHIN, SHOWA & NISSIN BAKAL BERKUBUR

Honda dan Hitachi mengumumkan rancangan untuk mengintegrasikan tiga jenama komponen automotif utama menjadi sebuah syarikat yang akan dikenali sebagai Hitachi Automotive Systems.

Pembentukan Hitachi Automotive Systems melihat syarikat pembuat komponen yang lain seperti Keihin, Showa dan Nissin bakal berkubur. 

Tiada garis masa diberikan untuk ketiga-tiga jenama itu menjadi jenama Hitachi Automated Systems. Showa kini mempunyai barisan pelanggan seperti Harley-Davidson, Kawasaki dan Suzuki, manakala Nissin pula membekalkan alat ganti kepada Yamaha.

Tidak dapat dipastikan bagaimana penggabungan tersebut akan menjejaskan pelanggan OEM tiga jenama tersebut.

“Penggabungan ini akan membolehkan teknologi termaju perniagaan rangkaian kuasa Keihin, suspensi dan stereng Showa serta sistem brek Nissin digabungkan dengan kekuatan tiga perniagaan utama Hitachi Automotive Systems iaitu sistem rangkaian kuasa, chasis dan keselamatan,” kata Honda.

Memandangkan semakin banyak sistem kawalan dan komponen motosikal moden diintegrasikan dengan elektronik, maka langkah mengasingkan komponen kawalan brek, suspensi dan enjin nampaknya tidak munasabah.

Dengan menggabungkan ketiga-tiga entiti itu ke dalam Hitachi Automotive Systems, ia akan mampu mengintegrasikan aspek penyelidikan dan pembangunannya. Penggabungan itu juga akan dapat menyatukan implementasi teknologi-teknologi baru.

Honda dan Hitachi ada menyentuh tentang revolusi EV serta perkembangan teknologi bantuan pemandu dan pemanduan automatik. Mereka menyatakan penggabungan itu membolehkannya memberi maklum balas terhadap cabaran ini dengan lebih pantas dan efektif.

Langkah itu bakal menyaksikan Honda menguasai baki 65.5 peratus saham Showa (kini Honda memiliki 35.5 peratus), 63.14 peratus Nissin dan 58.65 peratus Keihin daripada pemegang saham awam mereka.

Sebaik sahaja ketiga-tiga anak syarikat itu dikonsolidasi ke bawah Honda, ia akan diserap ke dalam Hitachi Automotive Systems yang kini merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Hitachi.

Akhirnya, langkah itu bakal menyaksikan Honda memiliki satu pertiga Hitachi Automotive Systems dan bakinya menjadi milik Hitachi. Jenama Showa, Nissin dan Keihin pula sudah tidak wujud lagi.

Tags
Google ads
Back to top button