
Buletin
TOYOTA THAILAND SASAR PENINGKATAN JUALAN SEBANYAK 310,000 UNIT
Toyota Thailand menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 7.3 peratus atau 310,000 kenderaan pada tahun ini.
Pada tahun lepas, Toyota Thailand mencatatkan jualan sebanyak 288,809 unit, meningkat sebanyak 20.5 peratus berbanding 2021.
Syarikat itu menyasarkan untuk mengeksport kereta sebanyak 405,000 unit tahun ini, naik 7.0 peratus berbanding 378,454 kereta yang dihantar keluar tahun lepas.

Sasaran tersebut dibuat berdasarkan pasaran automotif yang dijangka kembali normal seiring dengan pemulihan ekonomi keseluruhan negara. Selain faktor pelancongan yang kembali dibuka sekali gus meningkatkan permintaan domestik.
Selain Toyota, Thailand merupakan pengeksport kenderaan serantau untuk pengeluar kereta terkemuka dunia seperti Honda dan Mitsubishi.
- BACA: INDUSTRI AUTOMOTIF THAILAND JADI TUMPUAN JENAMA CHINA, BERSAING SENGIT KETEPIKAN TOYOTA
- BACA: CHAROEN POKPHAND DAN TOYOTA KOMITED UNTUK CAPAI NEUTRALITI KARBON DI THAILAND
- BACA: TOYOTA PERKENAL HILUX REVO BEV CONCEPT DI THAILAND. SPESIFIKASI TEKNIKAL BELUM ADA
- BACA: TOYOTA GR COROLLA KINI DI THAILAND. 304HP, HARGA RM500K!









