Buletin

HONDA CITY HATCHBACK MENDARAT DI MALAYSIA. 4 VARIAN, HARGA BERMULA RM75,670

Honda Malaysia secara rasmi melancarkan model hatchback segmen B terbaharu, Honda City Hatchback.

Model terbaharu itu ditawarkan dengan empat varian iaitu S,E,V dan RS e:HEV.

Honda City Hatchback menampilkan rekaan sporty berkonsepkan ‘Energetic Hatchback‘ yang aktif, bergaya dan versatile.

Varian RS e:HEV pula mendapat sentuhan eksklusif yang lebih agresif, seperti kemasan hitam berkilat pada gril, perumah cermin sisi hitam, serta kemasan eksklusif.

Model terbaharu Honda City Hatchback dijual pada harga bermula:-

  • Varian S -RM75,670
  • Varian E -RM83,080
  • Varian V RM87,860
  • Varian RS e:HEV pula hanya akan dimumumkan pada awal tahun 2022.

Ia ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu merah (Ignite Red Metallic), kelabu (Meteoroid Gray Metallic), putih mutiara (Platinum White Pearl), perak (Lunar Silver Metallic) dan hitam mutiara (Crystal Black Pearl).

Kesemua varian model terbaharu itu dilengkapi lampu projektor halogen, lampu nyalaan siang DRL, lampu kombinasi LED belakang dan rim aloi bersaiz 16 inci.

Varian RS e:HEV mendapat sentuhan kemasan hitam bererkilat pada bahagian gril hadapan,Solid Wing Hitam dan perumah cermin sisi untuk memberikan ekspresi warna badan dua tona.

Selain itu, ia juga menampilkan rekaan RS e:HEV yang eksklusif menerusi gril pada bahagian bawah, perumah lampu kabus dan bampar bahagian belakang menyerlahkan lagi sisi sporty jentera berkenaan.

Honda City Hatchback menawarkan dua pilihan trenkuasa iaitu 1.5 e:HEV RS didatangkan enjin hibrid i-MMD 1.5L DOHC iVTEC dipadankan dua motor elektrik dan transmisi e-CVT mampu menjana kuasa  109PS dan tork 127Nm.

Bagi varian V, E dan S City Hatchback pula, ia mendapat khidmat enjin1.5L DOHC i-VTEC yang mampu menjana kuasa 121PS dan tork maksimum 145Nm.

Ruang dalaman City Hatchback seba baharu itu menawarkan gayaan yang sofistikated menerusi penggunaan tekstur  berkualiti tinggi,penuh fungsi dan praktikal.

Model terbaharu itu hadir dengan skrin infotainmen Display Audio bersaiz lapan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, tempat duduk dibaluti kulit untuk varian V dan brek tangan fizikal.

Bagi varian RS, sudah pasti ia didatangkan dengan ciri-ciri tambahan termasuk upholsteri Ultrasuede dengan jahitan kontras merah pada tempat duduk, paparan TFT tujuh inci, brek parkir elektrik, serta corong pendingin hawa baris kedua.

Dari segi keselamatan, Honda City Hatchback menawarkan empat beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Amaran Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki dan ISOFIX.

Varian V pula dilengkapi sehingga enam beg udara dan sokongan Honda LaneWatch.

RS e:HEV juga hadir dengan ciri keselamatan termaju yang paling lengkap dalam segmennya iaitu Honda SENSING.

Antara sistem bantuan keselamatan pemandu di dalam Honda SENSING termasuk:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  • Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  • Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  • Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

Hatchback RS e:HEV turut mendapat sokongan telematik pintar Honda CONNECT yang menawarkan komponen seperti Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Jarak Jauh, Aplikasi Keselamatan, Pemantauan Kenderaan dan Perkhidmatan Sokongan sama seperti Honda City Sedan RS e:HEV.

Untuk maklumat lanjut mengenai City Hatchback, para pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 102 pengedar sah Honda di seluruh negara, hubungi talianT olPercuma Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button