Buletin

HONDA MALAYSIA SASAR JUAL 1,000 UNIT SEBULAN CITY HATCHBACK

Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit sebulan untuk model terbaharu, City Hatchback.  

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, pihaknya telah mencipta sejarah dengan menawarkan model City yang popular dalam segmen hatchback.

Beliau memberitahu, Honda Malaysia menerusi pelancaran City Hatchback terbaharu itu menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit City Hatchback sebulan.

Sebanyak 2,000 unit Honda City Hatchback telah ditempah selepas tempahan dibuka baru-baru ini,” katanya.

Madoka Chujo menjelaskan, sejak bertahun lama menerusi generasi lalu, City telah berevolusi dan menjadi salah satu model sedan Segmen B yang paling diminati di Malaysia.

“Setakat ini lebih 380,000 unit telah terjual di pasaran Malaysia sejak City Generarasi ke-2 diperkenalkan pada tahun 2002.

“Kami berbesar hati dan teruja untuk memperkenalkan model terbaharu kami yang cukup menarik perhatian menerusi City Hatchback serba baharu ini.

“Ia akan menjadi sebuah modal yang menetapkan trend menerusi teknologi termaju yang pertama dalam segmennya, ciri-ciri premium, versatiliti konfigurasi ULTRA Seats yang selesa untuk dipandu,” katanya pada majlis pelancaran Honda City Hatchback.

Honda City Hatchback menawarkan empat pilihan varian iaitu S,E,V dan RS e:HEV.

Model terbaharu itu dijual pada harga bermula RM75,670 sehingga RM87,860.

Varian paling berkuasa RS e:HEV pula hanya akan diumumkan pada awal tahun 2022.

Google ads
Back to top button