Motosikal

PELUMBA IDEMITSU ASIA TALENT CUP MAUT DI LITAR SEPANG

Seorang pelumba Idemitsu Asia Talent Cup, Afridza Munandar dari Indonesia dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Race 1 di Litar Antarabangsa Sepang, petang semalam.

Insiden yang berlaku di Selekoh 10 itu menyebabkan bendera merah dikibarkan dan Afridza diberi rawatan di tepi litar. Pelumba berusia 20 tahun itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan helikopter.

Namun begitu, dia gagal diselamatkan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Pada musim ini, Afridza telah mencatat dua kemenangan, serta dua penamat di tempat kedua dan ketiga.

Menurut kenyataan rasmi daripada Idemitsu Asia Talent Cup, satu undian oleh para pelumba memutuskan Race 2 akan diteruskan seperti biasa pada hari ini (3 November 2019).

Semua pelumba mahu mengambil bahagian dalam perlumbaan tersebut sebagai tanda memperingati Afridza. Mereka akan bertafakur selama seminit di grid sebelum perlumbaan dimulakan pada jam 11.20 pagi.

Tags
Google ads
Back to top button