
HONDA CONNECT – CIRI PINTAR UNTUK PENGGUNA TERHUBUNG DENGAN KERETA DI MANA SAHAJA
Menerusi telefon pintar, segalanya dihujung jari anda termasuklah sistem keselamatan yang kini tersedia dalam pelbagai fungsi.
Tidak ketinggalan, pengeluar kereta seperti Honda menjadikan telefon pintar untuk memudahkan pengguna mengakses pelbagai fungsi sama ada menerusi peranti Android atau iOS.
Sejak diperkenalkan pada 2021, kewujudan Honda Connect yang dilengkapi tiga kategori – Safety, Security dan Convenience membolehkan pengguna sentiasa terhubung dengan kereta mereka di mana sahaja dan bila-bila masa.

Safety
Automatic Collision Detection: Memberikan sokongan segera kepada pemandu melalui pusat panggilan 24 jam Honda Malaysia sekiranya berlaku kecemasan.
Security Alarm Detection: Sekiranya terdapat cubaan masuk ke dalam kereta melalui pintu, bonet hadapan atau belakang, notifikasi akan dihantar kepada anda dan pusat panggilan Honda.
Pada masa yang sama alarm kereta turut akan berbunyi untuk mengurangkan kecurian kereta.
Speed Alert: Sistem akan menghantar notifikasi apabila kereta bergerak melebihi had laju tertentu.

Security
Find My Car: Fungsi dalam aplikasi ini membolehkan anda mencari kenderaan dengan lebih mudah menggunakan peta. Ia sangat berguna sekiranya berlaku kecurian atau anda terlupa di mana anda meletak kenderaan.
Geo-fencing Alert: Notifikasi dihantar kepada anda apabila kereta tersasar dari radius pemanduan yang telah ditetapkan.
Emergency Call: Anda boleh terus menghubungi individu penting dengan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Convenience
Car Status: Anda boleh periksa status kereta melalui dashboard aplikasi, yang menunjukkan keadaan pintu kereta, voltan bateri dan beg udara.
Dashboard ini juga menyediakan akses log perjalanan untuk mengesan serta merekod pemanduan dengan data pemanduan dari kenderaan.
Remote Vehicle Control: Anda boleh membuka atau mengunci kereta mereka terus dari aplikasi Honda Connect.

Selain itu, anda boleh meminta pusat panggilan Honda sekiranya anda tertinggal kunci di dalam kereta.
Bukan itu sahaja, Honda Connect dapat membantu pengguna menghidupkan atau menghentikan enjin kereta, membuka atau menutup penghawa dingin serta membuka lampu pada waktu malam.
Service Reminder: Anda dapat tahu kesemua maklumat servis penyelanggaraan masa lalu dan peringatan untuk servis pada masa akan datang.
Menariknya, aplikasi ini turut menunjukkan senarai alat ganti dan anggaran kos yang perlu dikeluarkan. Tambahan, anda juga akan diingatkan tarikh pembaharuan insurans serta cukai jalan tahunan.
Ketika pelancaran Honda City facelift 2023, hanya varian City Petrol RS dan City e:HEV RS dilengkapi fungsi ini sementara tiga lagi varian, S, E, V didatangkan sebagai pilihan.
Anda boleh menambah fungsi Honda Connect pada harga diskaun RM1,500 dan tawaran diskaun Honda Connect ini hanya sah sehingga 31 Januari 2024.
- BACA: HONDA MALAYSIA LANCAR HONDA CITY FACELIFT 2023, 119HP, HARGA BERMULA RM84K
- BACA: SELAMAT TINGGAL HONDA ACCORD! – HONDA UMUM MODEL GEN-11 TIDAK DITAWARKAN DI MALAYSIA
- BACA: HONDA N-BOX GENERASI KETIGA DIPERKENAL DI JEPUN, REKAAN SAMA TETAPI TIDAK SERUPA!
- BACA: HONDA S2000 EV BAKAL MUNCUL? KALAU BETUL MEMANG SEDAP NI



