
SELAMAT TINGGAL HONDA ACCORD! – HONDA UMUM MODEL GEN-11 TIDAK DITAWARKAN DI MALAYSIA
Ketika negara jiran, Indonesia, sah membawa masuk Honda Accord generasi ke-11, berbeza pula cerita di Malaysia, apabila Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Hironobu Yoshimura, mengumumkan bahawa Honda Accord generasi baharu itu tidak ditawarkan di pasaran tempatan.
Pengumuman pengguguran model tersebut dibuat ketika pelancaran rasmi model Honda City facelift 2023, namun tiada butiran lebih mendalam ketika keputusan itu dinyatakan.
Walau bagaimanapun, peminat sedan masih lagi boleh mendapatkan Honda Accord selagi stok masih ada.

Melihat pada corak pembelian pelanggan, jelas model SUV menjadi pilihan orang ramai, di mana ia lebih praktikal sementara model dalam segmen tertentu telah merosot sejak sekian lama.
Untuk pasaran Malaysia, Honda Accord generasi ke-10 boleh didapati dalam dua varian itu .5 TC dan 1.5 TC-P.
Kedua-dua varian pemasangan tempatan itu dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder VTEC Turbo 1.5 liter menawarkan 198hp pada 5,500 rpm dan 260Nm dari 1,600 hingga 5,000 rpm.
Untuk rekod, 1.5 TC dijual pada harga RM187,400, manakala 1.5 TC-P dengan spesifikasi lebih tinggi diberi tanda harga RM197,400. – Carlist









