Buletin

HONDA DEDAH SUV RS CONCEPT. TAMPAK LEBIH GARANG DAN FUTURISTIK

Honda mendedahkan model SUV RS Concept di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2021 sekali gus memberi gambaran reka bentuk ZR-V masa hadapan untuk pasaran Indonesia dan Asia Tenggara.

Selain memberi gambaran generasi terbaharu ZR-V, kemuculan SUV RS Concept sangat penting kerana merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang membawa jenama RS.

SUV RS Concept dipadankan bahasa rekaan terbaharu Honda yang ‘meminjam’ elemen HR-V/Vezel malah kelihatan lebih futuristik dan garang.

Begitupun, model konsep itu menampilkan reka bentuk lebih kecil dan sporty dengan sentuhan lampu utama agresif LED dipadankan pada bahagian gril.

Ia turut dilengkapi rim berdiameter besar berwarna hitam dan lampu belakang gelap dipadankan jalur LED dalam menyerlahkan sisi sporty SUV terbabit.

Bagaimanapun, tidak didedahkan perincian mendalam berhubung SUV RS Concept itu.

Honda Indonesia telah menawarkan beberapa varian RS di pasaran negara terbabit termasuk Brio, Mobilio, City Hatchback dan City.

Presiden dan Pengarah PT Honda Prospect Motor, Takehiro Watanabe berkata SUV semakin menampilkan sisi sporty dengan dipadankan karakter RS malah diterima baik para pelanggan Honda di Indonesia. –carscoops/liputan6/kompas

 

Google ads
Back to top button