Buletin

HONDA MALAYSIA BUKA TEMPAHAN CITY HATCHBACK. DUA PILIHAN TRENKUASA , 109 PS/253 NM

Honda Malaysia membuka tempahan untuk model segmen A terbaharu City Hatchback di seluruh negara.

Model terbaharu yang menampilkan gabungan rekaan moden dan sporty itu bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Honda City Hatchback ditawarkan dua trenkuasa iaitu petrol dan e:HEV menyasarkan pasaran golongan muda.

Dari segi rekaan, City Hatchback dilengkapi lampu utama LED dipadankan lampu DRL, lampu kabus di bahagian hadapan dan rim aloi 16 inci menyerlahkan lagi sisi sporty jentera terbabit.

Bagi model RS e:HEV pula, ia mendapat sentuhan eksklusif pada bahagian gril hadapan berwarna hitam berkilat, wing hitam dan cermin sisi hitam berkilat sekali gus ‘menghidupkan’ ekspresi dua tona.

Ia turut dilengkapi ciri-ciri eksklusif RS pada bahagian bawah gril, bampar belakang dan fog garnish.

Selain itu, City Hatchback menerapkan fungsi ULTRA Seat menawarkan empat mod berbeza pada kedudukan tempat duduk penumpang iaitu Utility, Tall, Refresh dan Long  untuk memberi keselesaan.

Varian RS e:HEV mendapat khidmat enjin 1.5L Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD)  dipadankan dua motor elektrik.

Jentera terbaharu itu menampilkan sistem hibrid Honda unik yang menggabungkan fungsi enjin petrol dan motor elektrik dalam menawarkan kecekapan bahan api serta kuasa.

Ia mampu menjana kuasa 109 PS dan tork 253 Nm yang menyamai prestasi tork enjin segmen D.

Hatchback petrol pula didatangkan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menjana kuasa mencecah 121 PS dan tork 145 Nm.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada model terbaharu itu termasuk Remote Engine Start, Brek Parkir Elektrik (EPB) dan Pengudaraan Penghawa Dingin Belakang.

Dari segi keselamatan, City Hatchback merupakan model dalam segmennya menawarkan Honda SENSING.

Sistem keselamatan pemanduan Honda Sensing termasuk Adaptive Cruise Control (ACC), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Forward Collision Warning (FCW), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High Beam (AHB).

Ciri keselamatan terbaharu didatangkan City Hatchback ialah Honda LaneWatch yang mengurangkan titik buta.

Untuk keterangan lanjut boleh mengunjungi pengedar rasmi Honda di seluruh negara atau melayari laman www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button