
HONDA THAILAND LANCAR HR-V e:HEV. GAYAAN RS, BERMULA RM125K
Selepas lebih tujuh berada di pasaran. Honda Automobile Thailand memperkenalkan crossover kompak terbaharunya, HR-V e:HEV ke pasaran tempatan.
Model tahun 2022 yang bersaing secara langsung dengan Toyota Corolla Cross Hybrid, Mazda CX-30, MG ZS dan Nissan Kicks itu hanya ditawarkan dalam varian hibrid sahaja buat masa sekarang. Thailand juga menjadi negara ASEAN pertama menerima model baharu berkenaan yang ditawarkan pada harga 1 juta baht (RM125,000) seunit.
Varian yang didatangkan dengan aksesori RS itu hadir dengan gril hadapan krom rekaan baharu, lampu utama LED lebih nipis, sepasang lampu DRL dalam perumah berwarna hitam, lampu isyarat membelok LED sequential, dan lips hitam berkilat. Bahagian sisi diserlahkan dengan arca roda, skirting dan rim bersaiz 18 inci berwarna hitam. Bumbung juga menerima warna sama agar kelihatan lebih agresif.

Rekaan belakang turut menerima perubahan ketara dengan lampu dan lampu bar LED yang melintang dari kiri ke kanan, bampar berwarna hitam dan kemasan krom gelap.
Ruang kabin pula dipasang dengan skrin sentuh sistem infohibur bersaiz 8 inci, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, lapan unit pembesar suara, paparan kluster meter TFT 7 inci, port USB, brek parkir elektronik, pintu belakang bebas tangan, pengecas tanpa wayar serta tempat duduk (ultra seats) yang boleh dilipat menerusi tiga konfigurasi.
HR-V e:HEV menggunakan khidmat enjin 1.5 liter NA dengan kitaran Atkinson bersama sistem hibrid i-MMD yang mampu menjana kuasa mencecah 105hp dan tork 127Nm.

Kuasa enjin tersebut digabungkan bersama bateri lithium-ion dan dua motor elektrik yang menawarkan kuasa total sehingga 131hp dan tork tork 253Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear e-CVT.
Aspek keselamatan dipertingkatkan dengan enam beg udara dan sistem Honda SENSING sebagai ciri standard. Ia meragkumi Collision Mitigation Braking System (CMBS atau AEB), Lane Keeping Assist System (LKAS), Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow (ACC with LSF), lampu tinggi automatik, Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM dengan LDW), Lead Car Departure Notification System (LCDN) dan Honda LaneWatch.
Dari segi warna pula, varian RS didatangkan dengan warna merah metalik dengan bumbung hitam. Pelanggan juga bleh memilih warna lain seperti putih mutiara, kelabu metalik dan hitam.
- BACA: HONDA MALAYSIA PERKENAL HR-V SPECIAL EDITION 1.8 L. HARGA BERMULA RM105,363
- BACA: HONDA HR-V BAHARU SECARA RASMI MASUK PASARAN JEPUN. 2 PILIHAN ENJIN, HARGA BERMULA RM86,600
- BACA: HONDA PERKENAL DUA PAKEJ AKSESORI UNTUK HR-V 2021. BOLEH PILIH URBAN STYLE ATAU CASUAL STYLE
- BACA: MUNGKIN INI REKAAN TERBAHARU HR-V? BOLEH TAHAN LAWA
GALERI