Motosikal

HONDA LANCAR JENTERA ROADSTER CB190SS 2022 DI CHINA. RM10,998 SEUNIT

Wuyang-Honda melancarkan jentera roadster retro CB190SS 2022 di pasaran China.

Jentera menampilkan rekaan retro moden itu ditawarkan pada harga AS$2,656 (RM10,998).

Tidak seperti model sportbike CB yang didatangkan bahasa rekaan Neo Sports Café, jentera terbaharu itu lebih menumpukan kepada gayaan tradisional dan moden.

Roadster berkenaan dibangunkan dengan badan lebih slim, rim jejari dan panel instrumen gabungan analog serta digital pada bahagian tengah handelbar dalam menyerlahkan sisi retro jentera berkenaan.

Selain itu, ia mendapat sentuhan lampu utama LED berbentuk bulat, fork terbalik premium serta tangki teletak kemas pada bahagian karburator palsu.

CB190SS 2022 mendapat khidmat enjin silinder tunggal 184cc dengan sistem penyejukan udara dan teknologi suntikan bahan api.  –rideapart

Google ads
Back to top button