Buletin

HONDA JAZZ CATAT JUALAN KE-100,000 UNIT – DAPAT HADIAH PAKEJ PERLINDUNGAN & AKSESORI MUGEN

Honda Malaysia baru-baru ini meraikan penyerahan model Jazz yang ke-100,00 unit kepada pemiliknya, Kelvin.  Majlis itu diadakan di Ban Lee Heng Motor, Ayer Keroh, Melaka. 

Sebagai pembeli bertuah, Kelvin dihadiahkan dengan Pakej Perlindungan lengkap daripada Honda Malaysia.

Pakej itu merangkumi  Ultra Body Coating, Ultra Window Coating dan Wheel Lock Nut yang telah diuji serta diluluskan oleh Honda Access di Jepun.  Pakej tersebut akan ditawarkan di semua pengedar Honda mulai 1 Julai depan. 

Kelvin juga menerima pakej aksesori Mugen sebagai tanda penghargaan daripada Honda Malaysia. 

Cukup terkenal sebagai model global Honda, generasi kedua Jazz diperkenallkan di Malaysia pada tahun 2003 sebagai import sepenuhnya (CBU) dan berjaya terjual sebanyak 18,000 unit. Ia nyata menetapkan penanda aras barru dalam segmen hatchback kompak di Malaysia. 

2015: HONDA MALAYSIA SASAR JUALAN 85,000 UNIT

Honda Malaysia menghasilkan model CKD Jazz Hybrid dan petrol pada tahun 2012 dan 2013, seterusnya mencatat jualan keseluruhan lebih 80,000 unit. 

Generasi ketiga (sekarang) mencipta gelombang pada 2014 dan mencapai jualan lebih 75,000 unit sehingga Mei 2019. Sejak itu, Jazz telah menerajui segmen bukan nasional dengan pegangan pasaran sebanyak 62 peratus. 

Jazz petrol dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear CVT  yang menjanjikan penjimatan serta kuasa.

Menjadi satu-satunya negara selepas Jepun yang menawarkan varian Jazz Hybrid dengan Sport Hybrid i-DCD, ia dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu bersama klac berkembar 7-kelajuan yang diintegrasikan bersama motor berkuasa tinggi. 

Maklumat lanjut mengenai Honda Jazz atau model-model lain, sila hubungi talian tol percuma 1-800-88-2020 atau layari laman web:  www.honda.com.my 

Tags
Google ads
Back to top button