Motosikal

LORENZO JATUH DI LITAR MOTUL TT ASSEN, BUKTI JENTERA HONDA SUKAR DIKENDALI – MARQUEZ

Pelumba pasukan Repsol Honda, Jorge Lorenzo diihat terus dirundung malam apabila jatuh dalam sesi ujian di Litar Motul TT Assen, Belanda lewat malam semalam.

Lorenzo yang sememangnya bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas menyertai Honda daripada Ducati dilapor terjauh di selekoh 7 dan mengalami retak tulang belakang. 

Rakan sepasukan, Marc Marquez menyatakan insiden itu membuktikan jentera Honda bukanlah yang paling senang dikendalikan di litar. 

Sebelum ini, semua pelumba Honda pernah merungut mengenai jentera 2019 yang sukar ditunggang berbanding model sebelumnya. Malah, selekoh-selekoh laju di Litar Assen mengukuhkan lagi dakwaan masalah itu memang wujud. 

“Saya, Cal Crutchlow dan Takaaki Nakagami pernah meluahkan perkara ini kepada Honda. Jelas nampak Lorenzo bergelut dan sekarang dia cedera sekali lagi. Setiap kali dia mahu lebih laju, mesti jatuh. Sukar untuk faham bagi pihaknya. Honda pun sudah bertungkus-lumus membantu Lorenzo. Tetapi saya tidak boleh buang masa dengan memikirkan perkara ini. 

“Saya bimbangkan keadaannya. Namun saya mesti fokus demi mendapatkan keputusan terbaik untuk pasukan dan kejohanan saya,” kata Marquez. 

Crutchlow dilihat sebagai pelumba yang paling lantang mengkritik tentang kualiti tunggangan jentera 2019. Menurutnya, masalah timbul akibat kombinasi perubahan yag dibuat ke atas model terdahulu. 

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, saya bukan juruteknik. Saya tahu apa yang mereka ubah kerana ia dapat dilihat dengan jelas.

“Honda mempunyai enjin yang kuat, tetapi kita tahu aspek brek enjin itu yang lebih sukar untuk diatasi. Brek enjin nampaknya tidak konsisten,” ulas Crutchlow. 

Tags
Google ads
Back to top button