Buletin

HONDA RS150R ADA WARNA BAHARU – MAT CHARCOAL GRAY, HARGA BERMULA RM8K

Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan warna baharu bagi jentera RS150R iaitu Mat Charcoal Gray Metallic.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, Honda RS150R masih mengekalkan prestasi tunggangan yang mengujakan, di samping reka bentuk sporty.

Dari segi kuasa, jentera ini dipacu oleh enjin DOHC 149.2 cc, penyejuk cecair, empat injap, menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm, tork 13.6Nm pada 7,000rpm.

Enjin RS150R dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, klac manual, dan pacuan rantai untuk prestasi tunggangan yang sangat baik sama ada di lebuh raya atau di bandar.

Perincian lain termasuklah menggunakan lampu depan LED, meter kelajuan digital dan brek cakera belakang.

Untuk harga, RS150R boleh dimiliki bermula 3 Jun ini dengan tanda harga RM8,299 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

GALERI:

Google ads
Back to top button