Peranti

APPLE BAKAL GANTIKAN KABEL LIGHTING DENGAN ANDROID TYPE-C

Ini berita baik bagi pengguna minoriti Apple Iphone yang tinggal serumah dengan pemilik majoriti Android. Sudahlah telefon berteknologi kuno berharga mahal, akhirnya Apple sedar dan gunakan pengecas sama dengan Android – Type-C.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar UK, Dailymail, Iphone yang menggunakan kaleb lightning sejak 2012 kali ini ditukar dengan port USB Type-C seperti pengguna majoriti telefon pintar di dunia iaitu Android.

Dalam imej yang diciap menerusi twitter Raphael Mouton ini menunjukkan dengan jelas kabel Lightning yang biasa dan ikon iTunes yang muncul di skrin iPhone dalam versi iOS sudah tiada lagi.

Ia kini telah digantikan dengan imej komputer riba MacBook dan apa yang kelihatannya sebagai kabel USB-C.

Hari ini iPad pro and MacBook Pro sudah pun menggunakan pengecasan USB Type-C.

USB-C telah dilancarkan pada 2014 dan menjadi kabel pengecasan bagi kebanyakan gajet moden. Ia membolehkan peranti dicas lebih pantas berbanding jenis USB sebelumnya yang hanya boleh menampung kuasa yang terhad.

Semenjak Apple memperkenalkan USB-C pada peranti Ipad Pro pada 2018, ramai pengguna berharap generasi Iphone akan datang juga didatangkan dengan teknologi yang sama.

Apple berpindah kepada kabel lightning pada 2012 selepas menggantikan penyambung cas 30 pin yang kuno itu pada model iPhone 5.

Google ads
Back to top button