BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

HONDA X-NV CONCEPT – BAKAL DIPRODUKSI AKHIR TAHUN INI

SHARE

Honda memeriahkan acara Auto Shanghai 2019 apabila memperkenalkan X-NV Concept, sebuah SUV kompak dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya. 

Sebagaimana yang anda boleh lihat, rekaannya banyak dipengaruhi oleh Honda HR-V. SUV yang akan dijual oleh syarikat kerjasama Dongfeng Honda itu dijadual memasuki saluran produksi pada separuh kedua tahun ini. 

Menjadi model elektrik massa pertama Dongfeng, X-NV telah menerima banyak perubahan untuk membezakannya dirinya daripada model terdahulu, Honda XR-V yang mula diperkenalkan di China pada tahun 2014. 

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Antara penambahbaikan itu termasuklah kemasan berwarna biru dan rim aloi dua tona.

Bahagian belakang pula dibezakan menerusi rekaan lampu yang lebih nipis dan diposisikan secara melintang. Honda bagaimanapun tidak mendedahkan banyak maklumat mengenai X-NV.  

Honda mengesahkan bahawa model ini hanya dijual di China sebagai salah satu daripada 25 model elektrik yang akan ditawarkan kepada pengguna di negara itu menjelang tahun 2025.

Usaha itu dimulakan melalui model Everus VE-1 yang dilancarkan oleh Guangzhou Automobile Group (GAC). 

Everus VE-1 yang nampak seperti HR-V/Vezel itu dijana oleh enjin berkuasa 161hp dan tork 280Nm bersama motor elektrik yang dipasang pada bahagian hadapannya. 

Tags
Google ads
Back to top button