Artikel Pilihan

6 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG HONDA HR-V

Suatu ketika dahulu, kategori subkompak SUV memang kurang meriah kerana kekurangan model yang berada dalam kelasnya. Jika ada pun tentunya Mini Cooper Countryman yang sememangnya datang dengan tanda harga premium dan Nissan Juke (recond) yang mempunyai rupa yang pelik lagi aneh.

  1. Honda HR-V baru yang diperkenalkan pada tahun 2016 merupakan sebuah SUV terbaru rekaan Honda tetapi ia diasaskan dan berkongsi platform dengan Honda Jazz yang sudah terkenal dengan praktikaliti yang ada padanya. Namun sudah tentu terdapat pelbagai perbezaan pada HR-V ini berbanding dengan Honda Jazz.paling ketara ialah dari segi kelegaan bumi selain pertambahan pada lebar dan panjang badan keseluruhan berbanding Honda Jazz.

  1. Berbeza dengan Honda Jazz, HR-V memilih untuk menggunakan enjin 4-selinder lebih berkuasa yang diambil daripada Honda Civic. Beratnya yang lebih berbanding Jazz membuatkan ia memerlukan kuasa yang lebih. Honda HR-V baru juga lebih berkuasa dengan enjin 1.8-liter yang mampu menghasilkan 141 hp. Tork setinggi 172Nm membuatkannya cukup gagah di luar jalan raya.

BACA: HONDA CIVIC RED EDITION, LAGI TERHAD DARI CIVIC TYPE-R

  1. Honda HR-V juga diletakkan dalam linkungan harga yang munasabah. Harga yang ditawarkan bermula dari RM98,060 adalah amat berpatutan untuk pakej yan disediakan Honda. Apatah lagi ia sebuah SUV segmen B dengan ciri-ciri premium yang lazimnya terdapat pada SUV yang lebih besar. Bila membelinya, kita bukan setakat memiliki sebuah SUV kompak tetapi juga meyakini reputasi Honda sebagai antara pengeluar kenderaan terulung dari Asia.

  1. Ciri keselamatan turut dititikberatkan Honda pada HR-V ini. Untuk itu ia dilengkapkan dengan bukan sepasang tetapi enam beg udara untuk keselamatan. Dua di hadapan, dua untuk perlindungan sisi dan dua lagi bertindak sebagai langsir udara dalam kemalangan. Ciri keselamatan lain termasuklah Emergency Stop Signal (ESS), kameran pandang belakang pelbagai sudut, Hill Start Assist (HSA), Vehicle Stability Assist (VSA) dan macam-macam lagi.
  2. Penjimatan bahan api memang terjamin dengan penggunaan kotak gear CVT yang digabungkan dengan enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang cukup efisyen. Sayangnya untuk pasaran Malaysia ia tidak ditawarkan dengan kotak gear manual.

  1. Keyless Smart Entry dan Push Start Button memang menjadikan model ini cukup outstanding berbanding model-model kita yang lain. Ia juga memudahkan pemandu dan penumpang untuk memasuki kenderaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button