Buletin

HSV GTSR MALOO 2017 NAK JUAL PADA HARGA RM2.4 JUTA!!!

Model rare HSV GTSR Maloo ingin dilepaskan pada harga AS$583,000 (RM2.4 juta) oleh pengedar di Australia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, Holden Special Vehicle (HSV) hanya menghasilkan sebanyak 600 unit sahaja.

Justeru, model disenaraikan Gardner Autos di Australia Barat yang memiliki nombor 600 merupakan unit terakhir untuk dimiliki penggemar jentera rare tersebut.

HSV GTSR Maloo 2017 merupakan versi ute paling berkuasa menggunakan asas daripada Commodore S.

Ia mendapat khidmat enjin V8 LSA 6.2 liter yang mampu menjana kuasa 583 hp dan tork 740 Nm dipadankan transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan roda belakang.

Menurut pengedar tersebut, jentera terbabit belum pernah didaftar dan dalam keadaan baik malah hanya memiliki jarak perbatuan 151 km.

Semenjak Holden menutup operasi di Australia, harga jualan model-model HSV naik mendadak dan unit yang ke-600 ini pernah sekali disenaraikan pada harga mencecah AS$694,000 (RM2.8 juta). – carscoops

Google ads
Back to top button