Artikel Pilihan

HOLDEN BARINA – KERETA YANG REBADGE SEMATA-MATA

Jenama Holden sememangnya amat dikenali di bumi Australia dan model perniagaan kereta mereka bermula dengan mengimport dan memasang kereta. Salah satunya adalah Holden Barina, sebuah kereta subkompak yang mula dijual sejak 1985 dan telah mempunyai enam generasi. Kesemua enam generasinya adalah dari model rebadge!

BACA : TAHUKAH ANDA FORD RANGER MERUPAKAN KENDERAAN TERLARIS DI AUSTRALIA??

BACA : PROMOSI CHEVROLET SONIC

Sesungguhnya, peduli apa tentang kata-kata masyarakat asalkan pengguna juga yang untung akhirnya tidak lupa juga Holden sendiri selaku pengeluar. Terima kasih kepada kerjasama daripada syarikat induk. Modal boleh kongsi, untung masuk poket sendiri. Bijak bukan?

Generasi Pertama
Pertama kali diperkenalkan di pasaran pada tahun 1985 dan menggunakan kejuruteraan Suzuki (bukan sedap ayat strategi pemasaran guna, padahal tulis rebadge kan senang). Diambil daripada model Suzuki Cultus generasi pertama. Menggunakan enjin 1.0 liter F10A ketika tu sudah memadai buat kereta sekecil ini untuk bergerak dari titik A ke titik B.

Generasi Kedua
Generasi kedua Barina ini sekali lagi menjadikan Suzuki Cultus generasi kedua juga modelnya. Sebetulnya General Motor (GM) yang turut memiliki jenama Holden ini turut bekerjasama dengan Suzuki untuk menggunakan rekabentuk Platform M. Bagi membezakan ianya dengan Suzuki, Barina ini telah mengalami beberapa kerja naik taraf seperti ruang dalaman serta sistem gantungan. Barina ini turut dijual sehingga ke New Zealand waima model Suzuki Cultus turut juga dijual di sana.

Generasi Ketiga
Kali ini, model daripada Opel Corsa B yang dibawa masuk dari Sepanyol pula dijelmakan sebagai Barina generasi ketiga bermula tahun 1994. Dengan pilihan tiga atau lima pintu serta pilihan enjin 1.2 dan 1.4 liter. Walau bagaimanapun, pilihan enjin 1.6 liter ditawarkan bagi model varian tertinggi Holden Barina GSi. Versi cabrio turut ditawarkan kepada pengguna.

Generasi Keempat
Generasi keempat ini masih lagi menggunakan jenama Opel, dan Corsa C pula dipilih sebagai model rebadge. Ianya mula dijual bermula 2001. Varian tertinggi, SRi menggunakan enjin Z18XE 1.8 liter yang cukup berkuasa menjadikan ianya sebagai pilihan anak muda di Canberra sana. Nampak kacak juga Opel Corsa C, eh Holden Barina SRi ini.

Generasi Kelima
Edisi kelima ini Holden telah beralih arah ke model dari GM aka Chevrolet semula. Dan kali ini, Daewoo Kalos atau pun Chevrolet Aveo pula yang menjadi pilihan untuk disumpah menjadi Barina. Apa yang menariknya, selain daripada varian 3 pintu, Barina sedan turut diperkenalkan, terima kasih sekali lagi kepada Chevrolet.

Generasi Keenam
Ini adalah generasi terkini bagi keturunan si Barina ini. Masih lagi mengekalkan Chevrolet sebagai model asasnya. Generasi terbaharu Chevrolet Aveo atau pun Sonic nama baharunya telah dipilih bagi mneruskan kesinambungan legasi Barina. Sekali lagi model hatchback dan sedan turut diperkenalkan di pasaran.

Google ads

B K

Back to top button