Artikel Pilihan

KENAPA ANDA PERLU PILIH DIESEL INFINITI EURO 5 DARIPADA BHPETROL

Pada tahun 2019, sebanyak 604,287 unit kenderaan berjaya dijual di Malaysia. Namun pada tahun 2020 jumlah ini merosot kepada 529,434 unit sahaja disebabkan faktor pandemik COVID19.

Jumlah itu bagaimanapun tidak menggambarkan berapa banyak kenderaan yang menggunakan enjin diesel di Malaysia selain daripada lori untuk kegunaan industri. Sebenarnya tak banyak kenderaan penumpang di Malaysia menawarkan enjin yang menggunakan diesel.

Hanya Mazda, Toyota, Hyundai, Kia dan beberapa jenama lain masih menawarkan enjin turbodiesel bagi model kenderaan penumpang. Ini sekali gus menjadikan bahan api diesel agak asing di Malaysia.

Sedangkan di Eropah sebelum agensi kerajaan memaksa pengeluar kenderaan memberi fokus kepada kenderaan elektrik, enjin diesel merupakan enjin pilihan bagi majoriti pemandu di sana.

Salah satu kelebihan bahan api diesel ialah ia memiliki kandungan tenaga yang lebih banyak berbanding petrol dalam kuantiti yang sama. Ditambah pula dengan enjin diesel yang kebanyakan beroperasi pada nisbah mampatan lebih tinggi. Maka tidak hairanlah jika kenderaan berenjin diesel berupaya dipandu sejauh sehingga 1,000km bagi setiap tangki.

Namun ia tetap tidak menghalang BHPetrol memperkenalkan bahan api diesel Euro5. Harus tahu bahawa BHPetrol menjadi pemain industri pertama di negara ini yang memperkenalkan bahan api berteknologi tinggi itu pada tahun 2014.

Walaupun pada mulanya diesel Infiniti Euro 5 hanya terdapat di kawasan bandar, lama kelamaan diesel Infiniti Euro 5 semakin mudah didapati di seluruh negara melalui pembukaan stesen minyak BHPetrol yang dilakukan secara agresif.

Apa yang membezakan diesel Infiniti Euro 5 keluaran BHPetrol dengan diesel biasa Euro2M ialah kandungan sulfur telah dikurangkan secara drastik.

Diesel Infiniti Euro 5 hanya mengandungi 50ppm (bahagian per sejuta) sulfur berbanding dengan diesel Euro2M yang mengandungi 500ppm. BHPetrol telah memastikan kandungan sulfur dalam diesel Infiniti Euro 5 dikurangkan melalui proses penapisan kimia yang lebih kompleks.

Semua ini dilakukan bagi memastikan kelastarian alam dan pelepasan bahan cemar melalui asap adalah pada tahap yang paling minima.

Jadi tidak hairanlah diesel Infiniti Euro 5 berharga 10 sen lebih mahal berbanding dengan diesel Infiniti Euro2. Tapi kos 10 sen ini sebenarnya sangat berbaloi kerana diesel Infiniti Euro 5 telah ditambah dengan bahan tambahan pada kuantiti maksimum.

Ini membolehkan diesel tersebut berupaya mengekalkan enjin daripada enapan karbon dan mencuci enapan karbon yang telah lama terbentuk di dalam silinder. Apabila digunakan secara berpanjangan, kuasa enjin akan dipulihkan sama seperti keadaannya ketika baru.

Ini memberikan kelebihan pada pemandu yang menggunakan diesel Infiniti Euro 5. Selain dapat menjimatkan penggunaan bahan api serta mengurangkan pencemaran emisi.

Jika anda tidak dapat mengisi diesel Infiniti Euro 5, pilihan kedua ialah diesel Infiniti Euro 2 yang telah ditambah dengan German Diesel Performance Package. Tidak  menjadi masalah sekiranya anda mencampur kedua-dua jenis diesel dalam satu tangki.

Sama ada anda menggunakan enjin diesel generasi lama atau baharu, diesel Infiniti Euro 5 tetap akan memberikan prestasi maksimum pada enjin anda.

Malah anda tidak lagi perlu menuang bahan aditif tambahan ke dalam diesel Infiniti Euro 5 untuk kenderaan lama. Ini kerana kuantiti serta kualiti yang ditawarkan oleh BHPetrol sudah cukup membersihkan enjin dari dalam, mencegah berlakunya proses pengoksidaan, menghalang fenomena pembentukan buih ketika pengisian dan memulihkan kuasa enjin seperti baru.

Google ads
Back to top button