Peranti

HTC MALAYSIA BUKA PUSAT SERVIS

Berikutan pertambahan jumlah pengguna produk HTC di Malaysia, pengeluar telefon pintar global, HTC baru-baru ini melancarkan Pusat Servis HTC terbaharu di pusat membeli-belah terkenal, Berjaya Times Square.

Terletak di tingkat tujuh Lot 7-45, pembukaan pusat servis itu adalah sebahagian daripada strategi pengembangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan kepada para pemilik telefon pintar HTC.

Pengurus Negara HTC Malaysia, SK Wong dan Ketua Operasi Khidmat Pelanggan Global HTC, Jinson Chiang turut hadir untuk menyaksikan majlis pelancaran dan memotong reben, sekali gus merasmikan pembukaan pusat servis berkenaan.

HTC berjaya

Pusat Servis HTC seluas 1,050 meter persegi itu akan bertindak sebagai lokasi pertemuan buat rakan dan pengguna produk HTC. Ia juga menawarkan khidmat selepas jualan, latihan sokongan, penebusan dan sudut khas yang mempamerkan peranti serta aksesori terkini HTC.

“Selain fokus kepada penghasilan peranti terbaik yang menawarkan pengalaman mobil premium, HTC juga berhasrat untuk menggembirakan rakan dan pelanggan kami dengan mengutamakan mereka.

“Penambahbaikan yang berterusan terhadap aspek khidmat pelanggan merupakan bukti kesungguhan kami untuk menunaikan janji kami. Lokasi Pusat Servis HTC yang strategik memberikan mereka akses mudah kepada perkhidmatan yang boleh diharap dan ramah. Kami percaya elemen ini akan membuatkan ‘hubungan’ dengan inovasi HTC satu keseronokan,” kata Jinson Chiang.

Pusat Servis HTC ini akan beroperasi pada hari biasa bermula jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam. Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.htc.com/sea/ atau laman Facebook HTC Malaysia: http://www.facebook.com/HTCMalaysia?fref=ts

 

 

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button