Peranti

HTC BUTTERFLY 2

Pengeluar telefon pintar dari Taiwan, HTC baru-baru ini memperkenalkan model terbaharunya, HTC Butterfly 2.

HTC-butterfly-2-mekanika (14)

Melengkapkan lagi keluarga HTC Butterfly, peranti tersebut sarat dengan pelbagai teknologi tercanggih HTC seperti HTC Sense 6, HTC Duo Camera dan Motion Launch yang intuitif.

SONY DSC

HTC Butterfly 2 menawarkan kualiti pengimejan telefon bimbit ke satu tahap baru. Telefon pintar Jepun yang pertama ini menggunakan kamera berkapasiti 13MP, dual flash dan rakaman video HD penuh 1080p. Manakala kamera hadapan 5MP mampu menghasilkan gambar selfie yang berkualiti tinggi.

Ciri Zoe juga telah mengalami evolusi dengan rangkaian media sosial yang baru. Peralatan penyuntingan video membolehkan pengguna menghasil, berkongsi dan menggabungkan video dengan rakan-rakan mereka.

HTC-butterfly-2-mekanika (11)

Dengan antara muka Zoe yang ringkas, pengguna boleh memilih foto dan video yang ingin mereka kongsi. Selain menambah tema-tema yang cantik dan soundtrack yang sepadan, sebelum menyiarkannya.

Telefon bimbit HTC memang terkenal dengan kualiti sistem bunyinya dan Butterfly 2 tidak terkecuali. Teknologi HTC BoomSound menawarkan kualiti bunyi yang jelas serta berkuasa dari bunyi bass hinggalah treble. Bunyinya juga 25 peratus lebih kuat berbanding HTC One.

HTC-butterfly-2-mekanika (8)

Kualiti bunyi ditingkatkan lagi menerusi dua unit pembesar suara JBL di bahagian hadapan dengan amplifier baharu. Selain chamber pembesar suara yang telah direka semula dan profail audio untuk pengalaman HD yang sebenar.

Dengan pengenalan ciri HTC Sense 6, HTC Butterfly 2 seakan-akan memiliki deria keenam. Sebagai contoh, Motion Launch mampu mengesan posisi dan pergerakan yang membolehkan anda berinteraksi dengan telefon bimbit tanpa perlu menghidupkan skrin.

SONY DSC

Peranti ini boleh dihidupkan dengan satu pergerakan swipe sahaja. Manakala ciri Auto Answer membolehkan anda menjawab telefon dengan hanya meletakkan telefon di telinga, tanpa perlu menyentuh skrin.

Lebih menarik lagi, bekas HTC Dot View bukan sahaja melindungi telefon ini, malah tampil dengan gaya retro. Ia memaparkan maklumat penting seperti masa dan notifikasi.

HTC-butterfly-2-mekanika (12)

Masalah dunia pertama ialah tahap penggunaan bateri. Tetapi, tidak perlu bimbang kerana HTC mengoptimumkan penjimatan bateri melalui ciri Extreme Saving Mode.

HTC-butterfly-2-mekanika (13)

HTC Butterfly 2 didatangkan dalam warna putih dan merah. Di pasaran lain seperti Jepun, warna biru ada ditawarkan. Telefon pintar yang kalis habuk dan air sehingga 30 minit ini boleh anda miliki pada harga RM2,299 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button