Peranti

HUAWEI TAWAR RANGKAIAN LENGKAP P10 KE MALAYSIA

Tidak dapat dinafikan bahawa Huawei kini menjadi salah satu jenama telefon pintar yang semakin berpengaruh di Malaysia.

Bagi mengukuhkan lagi kedudukannya, Huawei telah melancarkan rangkaian produk terbaharunya, P10 hanya tiga minggu selepas ia diperkenalkan di Barcelona, Sepanyol. P10 ditawarkan dalam tiga model iaitu P10, P10 Plus dan P10 Lite.

Keistimewaan P10 pastinya terletak pada hasil kerja sama di antara Huawei dan pembuat kamera terkenal dunia, Leica demi menawarkan kualiti fotografi terbaik. Buat pertama kalinya, P10 dan P10 Plus didatangkan dengan kamera Leica di hadapan yang melengkapkan Leica Dual rear di belakangnya.

Saya sempat menguji kamera tersebut selepas acara pelancaran. Terbukti kualiti gambarnya memang awesome untuk sebuah telefon pintar. Terus rasa jauh betul beza kualiti kamera telefon pintar sedia ada. Lebih menarik lagi, kamera itu mempunyai pelbagai ciri termasuklah potret untuk merakam selfie yang jelas dan hidup.

Pendek kata, P10 dan P10 Plus ialah telefon pintar yang menawarkan kualiti fotografi termaju yang boleh anda dapati di pasaran sekarang.

Huawei juga bekerjasama dengan firma peneraju dalam bidang warna, Pantone Color InstituteTM. Jadi, tidak hairanlah jika P10 turut didatangkan dengan warna hijau dan biru yang cukup menyerlah serta trendy.

Sebagai ahli terbaru dalam keluarga Huawei P Series, P10 dan P10 Plus menampilkan kualiti binaan serta yang sangat halus. Kerangkanya yang nipis itu disempurnakan dengan bentuk minimalis dan bulat pada setiap bucunya.

P10 dan P10 Plus turut didatangkan denganfungsi-fungsi berprestasi tinggi seperti Huawei SuperCharge and Machine Learning Algorithm.

Bagi menjangkau audien yang lebih luas, Huawei menawarkan P10 Lite yang berharga lebih mampu milik. Telefon ini sesui untuk golongan muda yang mahu bergaya. Dibina di atas kerangka aloi magnesium aluminum yang diapit dengan kaca 2.5D, aspek estetiknya memang tidak boleh diketepikan.

Ringkasan spesikasi P10, P10 Plus dan P10 Lite adalah seperti jadual di bawah:

“P10, P10 Plus and P10 Lite membuktikan komitmen Huawei untuk menawarkan inovasi terbaik kepada pelanggan di Malaysia. Kami yakin siri P10 akan membantu mengukuhkan dan mengembangkan lagi jenama Huawei di sini. Di samping memberikan pengguna produk terbaik Huawei pada harga yang berpatutan,” kata Timbalan Pengarah Negara, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei (Malaysia), Matthew Ng.

Sejak melancarkan siri P9, Huawei menyedari bahawa Malaysia merupakan antara pasaran penting di rantau Pasifik Selatan. Dalam tempoh sembilan tahun sejak meneroka pasaran tempatan, Huawei menyaksikan pertumbuhan jualan yang memberangsangkan.

Malah, ia menguasai lebih 50 peratus untuk segmen telefon pintar premium dengan kesedaran jenama mencecah 86 peratus. Harga Huawei P10 adalah seperti berikut:

Model Spesifikasi Pilihan warna Harga
Huawei P10 4GB RAM + 64GB Storage Prestige Gold, Graphite Black RM2,499
Huawei P10 Plus 6GB RAM + 128GB Storage Prestige Gold, Graphite Black RM3,099
Huawei P10 Lite 4GB RAM + 32GB Storage Prestige Gold, Graphite Black RM1,299

Jika berminat, anda boleh menempah P10, P10 Plus dan P10 Lite bermula 23 Mac dari Huawei Experience Store, Lazada serta Vmall.

GALERI

Google ads
Back to top button