Buletin

HYUNDAI AKAN MEMBERIKAN PENGHORMATAN KEPADA CRAIG BREEN DENGAN MENGGUNAKAN LIVERY KHAS DI CROATIA RALLY

Pasukan Hyundai Motorsport akan memberikan penghormatan kepada bekas pemandu mereka mendiang Craig Breen dengan menggunakan livery khas di Croatia Rally pada 20 – 23 April 2023 nanti.

Penghormatan terhadap mendiang Craig Breen cukup mengharukan daripada peminat rali seluruh dunia telah kehilangan nyawa sewaktu terlibat dalam kemalangan menjalani ujian bersama jentera Hyundai i20 N Rally1 baru – baru ini. Mendiang Craig Breen dijadualkan untuk memandu jentera ketiga pasukan Hyundai Motorsport untuk Croatia Rally.

Dan untuk mengenang Mendiang Craig Breen dan dengan restu keluarga dan Juruarah James Fulton, jentera Hyundai i20 N Rally1 milik rakan sepasukannya Thierry Neuville dan Esapekka Lappi akan menggunakan livery istimewa di Zagreb nanti.

Seluruh keluarga WRC dengan kerjasama FIA juga telah memutuskan untuk menghentikan penggunaan nombor 42, nombor pertandingan yang digunakan oleh mendiang Craig Breen, untuk baki musim 2023 sebagai penghormatan terhadap mendiang.

Prinsipal pasukan Hyundai Motorsport Cyril Abiteboul berkata: “Selepas pertimbangan teliti melibatkan semua pihak berkepentingan, kami telah memutuskan untuk mengambil bahagian dalam Rali Croatia. Kami akan melakukan ini untuk mengenang Craig, untuk menghormatinya, semangatnya untuk rali dan semangat kompetitifnya”.

“Kami akan menghantar dua kereta dan menarik balik penyertaan kereta ketiga sebagai tanda penghormatan. Kedua-dua kereta akan berjalan dengan corak khas untuk Craig, keluarga, rakan dan peminatnya. Jelas sekali daripada bercakap kepada semua orang bahawa cara terbaik untuk menghormati legasi Craig bukan untuk menarik balik penyertaan kami, jadi kami mengambil bahagian dengan mengingati rakan sepasukan kami yang hilang, rakan dan pesaing yang luar biasa,” ujar Cyril Abiteboul lagi.

Sesungguhnya kemalangan maut yang melibatkan sukan rali ini bukanlah perkara baru. Kemalangan maut pertama direkodkan ketika East African Safari Rally 1970 melibatkan pemandu Jepun Eiichi Morinishi. Dan dalam era moden ini, kali terakhir berlaku kemalangan maut oleh seorang Juruarah dari Jerman Jörg Bastuck ketika menyertai Rally of Catalunya pada tahun 2006.

BACA : CRAIG BREEN MENINGGAL DUNIA AKIBAT TERLIBAT DALAM NAHAS UJIAN CROATIA RALLY

BACA : CRAIG BREEN SAHIH BERTUKAR KE PASUKAN M-SPORT FORD

Google ads

B K

Back to top button