,
Buletin

HYUNDAI VELOSTER GRAPPLER CONCEPT, KHUSUS UNTUK OFF-ROAD

Sempena pameran SEMA 2019 akan datang, Hyundai bakal tampil dengan model konsep Veloster Grappler yang tampal rugged dan lasak. Model one-off ini diubahsuai dari model Veloster hatchback dua pintu.

Veloster Grappler diubahsuai dengan ekstensif, badan kereta ditinggikan dan bahagian depan dan belakang dipasang pelindung bagi menghadapi pelbagai cabaran muka bumi.

Tayar pula jenis all-terrain saiz dipadankan bersama roda Method Racing® yang menyerlahkan lagi penampilan off-road.

Hyundai Veloster N

Satu perkara menarik ialah Hyundai menggantikan ekzos asal kepada peredam cat-back Borla® untuk bunyi yang lebih garang. Untuk kargo dan pencerahan tambahan, dipasangkan di atas bumbung kotak Thule® dan lampu limpah Baja Designs®.

Satu lagi perkara menarik ialah kotak atas bumbung itu digunakan sebagai tapak panel solar boleh alih dari Goal Zero®. Panel solar itu digunakan untuk stesen kuasa mudah alih elektrik di dalam kabin kereta untuk perjalanan jauh.

Bahagian luar dihiasi balutan pelekat vinil dan hud gentian karbon dari Seibon® yang mampu mengalihkan haba lebihan enjin semasa pemanduan.

Bahagian dalam wajib diberi perhatian. Di situ dipasang roll bar bagi melindungi penumpang dan turut berfungsi sebagai simpanan rim dan tayar ganti bersaiz penuh. Menemani pemandu ialah kerusi Recaro® dengan corak berpetak vintaj.

Tidak hanya kosmetik, Hyundai melengkapi Veloster ini dengan pelbagai peralatan off-road.

Di antara kelengkapan tersebut ialah sekop, stesen kuasa mudah alih Goal Zero®, kit bantuan tepi jalan, kit pertolongan cemas, khemah Napier®, penyangkut (mounts) Scosche® dan lampu boleh lipat Goal Zero®.

Selain sejumlah aksesori dan kelengkapan aftermarket, Hyundai turut menggunakan aksesori tulen seperti pedal dan tombol sport, alas kaki pelbagai cuaca, lampu ambar pada bahagian kaki dan penahan kargo.

Kelengkapan pada Veloster Grappler memang meriah dan ia sepadan dengan pameran SEMA yang merupakan acara aksesori tersohor dunia.

BACA: HYUNDAI i10 N LINE – KERETA BANDAR 1.0L TURBO!

BACA: D4HA – ENJIN HEBAT DARI REVOLUSI HYUNDAI & KIA

BACA: HYUNDAI ‘N OPTION’ – HYUNDAI DAH MULA BERMAIN AKSESORI ALA JENAMA JEPUN

Tags
Google ads
Back to top button