Buletin

HYUNDAI UMUM TRANSMISI MANUAL TANPA KLAC. GUNA SISTEM iMT

Selepas beberapa hari memaklumkan mengenai model baharu Hyundai N akan mengekalkan gearbox, pengeluar Korea Selatan itu memberi perkhabaran baik kepada peminat-peminat yang gemar menggunakan gear.

Transmisi manual terbaharu Hyundai mempunyai tuas gear yang dikendalikan sendiri oleh anda.

Bagaimanapun,  ia tidak didatangkan bersama klac. Anda perlu menggunakan tumit dan kaki untuk memastikan ia berfungsi.

Mungkin pendekatan ini sesuatu yang baharu dan memerlukan persediaan untuk mengendalikan klac tersebut.

Sekurang-kurangnya ia menawarkan beberapa kawalan manual pada masa penjualan kenderaan elektrik melebihi kenderaan didatangkan pemegang gear.

Diumumkan Hyundai India, intelligent Manual Transmission (iMT) tersebut akan dipasang pada versi Venue SUV yang dikeluarkan di negara terbabit.

Hyundai menggambarkan model dua pedal, enam kelajuan transmisi manual itu sebagai yang pertama dala industri. Ia akan digandingkan dengan enjin T-GDi 1.0 liter.

Jadi bagaimana, teknologi sistem iMT ini berfungsi?

Sistem ini terdiri daripada tuas gear yang didatangkan intention sensor, penggerak hidraulik dan unit kawalan transmisi (TCU).

Sensor tersebut akan menghantar isyarat kepada TCU yang menunjukkan keinginan pemandu untuk menukar gear sekali gus satu lagi isyarat akan dihantar kepada penggerak hidraulik berkenaan.

Dengan tekanan hidraulik yang terbina, klac diaktifkan dan dilepaskan melalui silinder slave sepusat tanpa input pemandu.

Hyundai menggambarkan proses elektromekanik ini sebagai satu kejayaan tetapi memerlukan para pemandu menyesuaikan diri terutama mereka yang biasa menggunakan sistem manual pada kenderaan.    

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hyundai Motor India Ltd., SS Kim berkata iMT mengimbangi keseronokan memandu dengan perjalanan lebih mudah dan selesa. – carbuzz.

Tags
Google ads
Back to top button