Buletin

HYUNDAI PROMISE TAWAR KERETA TERPAKAI BERKUALITI, JAMINAN SEHINGGA 5 TAHUN

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan Program Kenderaan Terpakai (Hyundai Promise) yang membolehkan orang ramai menukar dan membeli model terpakai Hyundai yang boleh dipercayai. 

Model-model berkenaan hadir dengan alat ganti tulen. Pemeriksaan terperinci akan dibuat oleh juruteknik terlatih bagi memastikan aspel elektrikal dan mekanikalnya berada dalam kondisi terbaik sebelum diluluskan. Semua kereta itu juga tidak pernah terlibat dalam kemalangan serius. Jadi, pelanggan boleh membelinya dengan hati yang tenang. 

Semua kenderaan tersebut hadir dengan jaminan lanjutan di antara dua hingga lima tahun, bergantung kepada usia dan jarak perbatuannya. 

“Hyundai Promise menawarkan perkhidmatan jualan yang menyeluruh bermula daripada membeli kereta, melakukan trade-in dan mendapatkan kereta baharu dengan promosi menarik. Kami menjanjikan kenderan berkualiti tinggi dan pengalaman pemilikan yang memuaskan. 

“Pelanggan yang membeli menerusi Hyundai Promise akan menikmati pelbagai manfaat seperti jaminan kualiti, penyelesaian pembiayaan dan jaminan lanjutan,” kata Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung. 

Low menyatakan Hyundai Promise merupakan satu sehmen perniagaan penting yang melengkapkan eksosistem sedia ada. Ia juga bertujuan menaikkan nilai jualan semula kenderaan Hyundai di Malaysia. Semua kereta terpakai ini didatangkan bersama jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan 24 jam. 

Jika berminat, sila kunjungi Hyundai Promise di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam. Ia dibuka dari 9.00am hingga 5pm pada hari bekerja, 9.00am-12.30pm (Sabtu). 

GALERI

Google ads
Back to top button