
HYUNDAI SIME DARBY TAYANG IMEJ IONIQ 6 EV
Sejak beberapa hari lepas, Hyundai Malaysia telah menayangkan beberapa imej dan siri informasi berkenaan satu model baru yang akan dilancarkan oleh mereka nanti. Sebanyak 5 siri hantaran yang telah dibuat oleh Hyundai Malaysia di laman sosial rasmi mereka dan kami percaya ia adalah model terbaru iait Hyundai Ioniq 6 yang akan dilancarkan oleh Hyundai nanti.
Antara maklumat awal yang dipaparkan oleh laman Facebook Hyundai Malaysia ialah tork setinggi 605Nm dari seawal 0 RPM, kereta yang memenangi anugerah World Car of The Year 2023, pengecasan pantas dibuat dalam masa kurang 20 minit dari 10-80% dengan DCFC, ciri Vehicle to Load (V2L), jarak perjalanan 614km untuk satu pengecasan penuh dan juga pekali geseran serendah 0.21 sahaja.
Berdasarkan maklumat yang disiarkan kami percaya model yang akan dilancarkan nanti ialah Hyundai Ioniq 6. Dari segi ukuran, Hyndai Ioniq 6 datang dengan panjang 4855mm, lebar 1880mm dan juga tinggi 1495mm. Platform E-GMP platform iaitu platform dedikasi EV membolehkan jarak antara roda dibuat sehingga 2950mm

Platfform Electric Global Modular Platform ini juga merupakan platform yang sama digunakan oleh Ioniq 5, direka dengan sistem elektrifikasi 800 volt. Ini membolehkan Ioniq 6 dicaj dengan sistem DCFC 350kW bagi membolehkan pengecasan 10-80% dibuat dalam masa 18 minit sahaja.
Ioniq 6 menggunakan bateri Lithium Ion NMC (Nickel Manganese Cobalt) sebesar 77.4kWh bagi membolehkan ia dipandu sejauh 614km NEDC bagi satu pengecasan penuh. Bagi varian tertinggi ia akan ditawarkan dengan konfigurasi 2 motor elektrik yang menjana sehingga 316 kuasa kuda dan 605Nm tork
Ioniq 6 boleh memecut 0-100km/jam dalam masa 5.1 saat dan halaju tertinggi yang boleh dicapai ialah sekitar 185km/jam. Ioniq 6 juga mengetengahkan rekaan Parametric Pixel pada lampu depan, iaitu elemen rekaan yang hampir sama digunakan pada Ioniq 5
Untuk bahagian dalaman, Hyundai Ioniq 6 menampilkan paparan meter digital 12 inci dan juga skrin multimedia sebesar 12 inci yang menyokong sambungan Apple Car Play dan Android Auto tanpa wayar. Bagi pasaran luar negara, ia ditawarkan dengan sistem keselamatan Hyundai SmartSense

Ia dipakejkan dengan Blind Spot Collision Avoidance, Blind Spot View Monitor, Rear Cross Traffic Alert Avoidance Assist, Lane Keep Assist, Smart Cruise Control, Forward Collision-Avoidance Assist, At=uto High Beam, Safe Exit Alert, Rear Occupant Alert dan Driver Attention Warning


