
HONDA HASILKAN TOPENG KERETA KURUMASK. BOLEH HAPUSKAN VIRUS DALAM MASA 15 MINIT
Tahun 2020 meninggal kesan yang sangat mendalam kepada umat manusia di seluruh dunia. Penularan pandemik COVID-19 telah memaksa kita mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
Kita sekarang perlu memakai pelitup muka setiap kali keluar rumah, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Memahami keperluan pengguna yang mahu menghirup udara bersih di dalam kereta, Honda baru-baru ini memperkenalkan pelitup muka untuk kenderaan.
Dikenali sebagai Kurumask yang bermaksud topeng kereta, ia sebenarnya penapis udara tambahan. Ia direka untuk menapis virus bawaan udara dalam masa hanya 15 minit dan boleh digunakan selama setahun.
Kurumask yang boleh dipasang pada MPV mini N-Box mampu membunuh 99.8 peratus molekul E.coli yang berada dalam udara dalam masa 15 minit. Keberkesanannya meningkat kepada 99.9 peratus selepas 24 jam.
Topeng tersebut mempunyai banyak mikroskopik spike yang direka untuk menangkap dan memusnahkan molekul virus sebelum ia masuk ke dalam sistem tubuh manusia.
- BACA: TAK LAKU!!!HONDA HENTI EDAR KENDERAAN BAHARU DI RUSIA
- BACA: HONDA MUNGKIN HASILKAN SEMULA MODEL MINI DAX. GUNA ENJIN SAMA MACAM MSX125
- BACA: NAK ANGKUT ZINK ATAU KAMBING? GUNA HONDA JAZZ SUDAH…
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R 2021 TIBA DI AUSTRALIA. ACTIVE SOUND CONTROL, LogR, HARGA NAIK RM9K JADI RM169K








