Buletin

IN GEAR: SEMAKIN MANTAP

Bagi memenuhi permintaan penonton yang dahagakan program-program televisyen berkonsepkan automotif berkualiti tinggi, Astro Awani dengan berbesar hati membawakan kembali program IN GEAR serba baru bersama pengisian lebih mantap dan segar mulai Julai ini. 

IN-GEAR-mekanika (5)

Pelancaran musim baru itu telah diadakan di Moto Circus Art Gallery sempena acara Art of Speed Asia 2014. IN GEAR merupakan program televisyen rasmi untuk acara tersebut.  Diterbitkan buat pertama kali pada Okbober 2012, IN GEAR yang sudahpun memasuki musim yang kelima.

“Kejayaan program ini adalah hasil kerja keras dan dedikasi kumpulan editorial yang diterajui oleh Syed Farradino Omar selaku penerbit dan hos program. Beliau turut  dibantu oleh penolong penerbit iaitu Ian Johan Ariff dan pengarah, Azizul Hisham Azizan.

“Apa yang membezakan program ini adalah pengisian kandungan yang bersesuaian dan relevan dengan pasaran Malaysia,” kata Ketua Kumpulan Pengarang Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman.

IN-GEAR-mekanika (6)

IN GEAR musim baharu tampil dengan pakej grafik lebih segar dan bakal memulakan siarannya pada hari Sabtu, 5 Julai 2014. Musim kelima ini juga menyaksikan dua segmen baharu diperkenalkan iaitu Wheelie dan CAR NEWS. Segmen Wheelie menampilkan topik dan pengisian menarik mengenai motosikal termasuklah sesi tunggang uji, perincian produk dan sebagainya.

Sementara segmen CARS NEWS pula membawakan berita dan informasi terkini dunia automotif di rantau ini. Ia merupakan kolaborasi dengan majalah CAR Malaysia. Kedua-dua segmen baru ini patinya akan melengkapi segmen-segmen sedia ada seperti:

IN-GEAR-mekanika (1)

Drive – Sesi pandu uji kereta-kereta terkini

Retro Rides – Menampilkan kereta-kereta klasik

Pimped – Khas untuk ‘modders’ & ‘shakers’

F.I.Y – Barang-barang bagi tujuan modifikasi, keselesaan dan prestasi kenderaan

Car-acter – Personaliti terkenal dalam dunia pemotoran

Club Sport – Ikuti pelbagai aktiviti menarik anjuran kelab kereta tempatan

Track Report – Belakang tabir acara-acara pemotoran

Features – Isu semasa atau adhoc mengenai dunia pemotoran

IN-GEAR-mekanika (7)

Lebih menarik lagi, musim ini juga menampilkan kembali segmen GLAM LELAKI Styles, satu kolaborasi dengan Majalah GLAM LELAKI.

“Program IN GEAR boleh dinikmati secara online menerusi laman web rasmi Astro AWANI di www.astroawani.com selain aplikasi iOS dan Android. Ini menjadikan kelompok sasaran penonton IN GEAR lebih luas. Seperti kebanyakan program lain yang ditawarkan di Astro AWANI, program ini boleh dinikmati pada bila-bila masa secara percuma. Mereka hanya perlu layari laman web Astro AWANI atau muat turun aplikasi pada peranti masing-masing,” tambah Suhaimi.

IN-GEAR-mekanika (2)

IN GEAR bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro AWANI (saluran 501) bermula 5 Julai 2014. Ia juga boleh ditonton menerusi live streaming di www.AstroAwani/comsecara percuma.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button