Modifikasi

JAGUH WRC – MITSUBISHI GALANT VR4 4WD E39A

Perbualan ringkas dengan Zul pomen VR4 dari Shah Alam Garage membongkar rahsia bahawa VR4 4WD memang menarik. Jauh lagi sedap daripada model asal 2.0 pekak kerana konfigurasi kereta ini merangkumi chasis yang lain titik kimpalannya dan sistem pacuan 4 roda sepenuh masa. 

Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (6)

Selamat datang ke dunia Mitsubishi Galant. Mungkin sebahagian dari kita (termasuklah saya) ingatkan kereta ini sudah pupus. Apakah keistimewaan kereta ini? Banyak. Ia sedan yang cukup besar bagi sebuah keluarga kecil, berkuasa, senang jaga, banyak alat ganti dan kalau rosak di tengah jalan, ada ahli kelab VR-C yang sedia membantu di segenap pelusuk negara.

BACA – KEGILAAN EVO 8 KARBON

BACA – EVO 9 WAGON, FAMILY ROCKET!

Itu termasuklah kalau rosak di Thailand, boleh roger ahli kelab VR4 Siam. Kalau anda Google kereta ini, rupa-rupanya ia masih popular di serata dunia. Banyak negara, kelab dan barang saling berpindah dari satu sama lain. Secara rasminya di Jepun, kereta ini telah pupus sama sekali. Tetapi barang-barangnya terus berpindah tangan.

Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (7)

Amin bukan baru semalam main VR4. Dah lama. Sebelum ini, dia ialah pemilik VR4 chasis E33 yang bermakna 2WD turbo. Akhirnya Amin berjaya mendapatkan model asli E39A yang memang sukar ditemui ini dalam kondisi yang memuaskan.

Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (2)

Enjin dibiarkan dalam keadaan stok 4G63 kerana ia masih berkhidmat sebagai sebuah kereta utama untuk keluarga. Benda asing yang dipasang pada kereta ini cuma blow-off-valve Greddy Type R dan ekzos 3 inci dengan muffler HKS Super Dragger.

Ketika kereta ini dibuat, ia tergolong dalam segmen D. Maksudnya, sekali dengan Accord, Camry dan Perdana. Tetapi kereta segmen D sekarang semakin besar, jadi VR4 sama saiz dengan segmen C saja.

Walaupun tidak besar, pengendaliannya memang terbaik. Kereta ini ada yang datang dengan spesifikasi suspensi boleh dilaras dari dalam kokpit. Namun, diagram suspensi pada papan pemuka itu cuma wayang sahaja. Suspensi yang digunakan ialah daripada Ralliart.

Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (12)

Bagi memastikan kereta ini dapat diberhentikan dengan efisien, Amin memasang brek 4 pot GTO di depan dan brek asal VR4 belakang dikekalkan. Sebelum dipasang, brek ini dimodifikasi menjadi hub 5 lubang.

Apabila 5 lugs maknanya banyak rim boleh dipilih. Dalam banyak-banyak rim yang boleh dipilih itu Amin pilih rim asal Evo 8. Saya pun tak tau kenapa dia pilih rim ini. Mungkin dia jenis yang tak memilih. Kemudian, Amin pun pilih tayar Falken Ziek bersaiz 225/40/17.

 

Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (17)

Walaupun kereta ini sudah mengalami masalah kepupusan, aksesorinya masih boleh dapat asalkan dicari kat kedai yang betul. Kalau tengok bahagian kokpit kereta, sebenarnya agak lengkap.

Ada papan pemuka VR4 hitam dengan pengawal suspensi dan burger tray. Tempat duduknya diambil daripada model AMG. Sterengnya Nardi Torino 4 spoke, pedal kawalan dan gear jenama Ralliart, kemasan pintu AMG, boost meter HKS serta turbo timer HKS.

Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (13)

Bahagian luar kereta dipasangkan dengan aksesori versi AMG. Ia terdiri dari bampar  depan belakang, bonet dengan sepasang vent tengah dan panel kit tepi pintu. Warna akhir yang disembur ialah Champion white. Secara automatiknya, kereta pun siap. Bila dah siap, simpan di rumah dan pergi kerja naik motor.

[hr]GALERI 

Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (1)Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (14)Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (15)Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (16)Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (18)Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (19)Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (20)Mitsubishi-Galant-VR-4-mekanika (21)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button