Peranti

HUAWEI TAWAR PERANTI 4G-LTE

Huawei, pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar Ascend P7 yang sudah lama ditunggu-tunggu ke pasaran Malaysia. 

 SONY DSC

Turut dilancarkan ialah beberapa buah peranti dengan keupayaan LTE berkualiti tinggi dan satu peranti yang boleh dipakai. Menerajui spektrum peranti LTE ultra pantas, Ascend P7 menawarkan para pengguna dengan pengalaman menggunakan telefon pintar menerusi kemampuan kamera mengagumkan, ketersambungan 4G LTE serta pelbagai ciri terbaik yang dirangkumkan ke dalam rekaan binaan kerangka yang premium.

 huawei-launch-mekanika  (2)

Menampilkan paparan skrin sentuh FHD bersaiz lima inci dengan resolusi 1920 x 1080, Ascend P7 memiliki penampilan metalik yang ditempa oleh kemasan permukaan bahagian belakang tujuh lapisan bersama satu rekaan corak mikro ‘kesan putaran’ yang halus.

 huawei-Ascend-P7-mekanika (3)

Bukan sekadar sebuah peranti sofistikated yang selesa untuk dipegang, peranti penting terbaharu Huawei ini dilengkapi Corning® Gorilla® Glass 3 pada bahagian hadapan dan belakangnya. Ascend P7 hanya senipis  6.5mm, sekali gus menjadikannya telefon pintar 4G LTE paling nipis di dunia.

“Ascend P7 memenuhi keperluan pengguna yang mahukan sebuah peranti  tahan lasak dan sofistikated. Di sebalik penampilan luarannya, model utama ini juga sarat dengan pengalaman aplikasi kamera yang tiada tandingan dan prestasi ultra pantas,” kata Pengarah Negara bagi Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Technologies Malaysia, Gary Xu.

 huawei-Ascend-P7-mekanika (2)

Ascend P7 dikuasakan oleh pemproses quad-core 1.8GHz HiSilicon Kirin 910, 2GB RAM dan versi Android terkini Kit Kat 4.4.2 bagi menawarkan antara muka yang lancar serta mudah digunakan.

Sementara Emotion UI 2.3 dengan dua UI yang telah dipertingkatkan pula memudahkan lagi  tugas navigasi.  Demi meningkatkan pengalaman pengguna, para pelanggan boleh mengakses perisian pengurusan telefon pintar ini untuk mengubahsuai kebenaran, rangkaian dan pengurus notifikasi untuk memenuhi keperluan mereka sebaiknya.

huawei-Ascend-P7-mekanika (1)

Peranti ini dikuasakan oleh bateri polimer lithium 2,500mAh yang dilengkapi mode penjimatan tenaga tercanggih. Ini membolehkan baki jangka hayat bateri sebanyak 10 peratus berada dalam keadaan bersedia sehingga 24 jam.

Ascend P7 membolehkan imej berdefinisi tinggi dirakam melalui kamera bahagian belakang yang terdiri daripada lensa Back-illuminated sensor (BSI) bukan sfera berkapasiti 13MP.

 SONY DSC

Dengan menggunakan Image Signal Processor (ISP), kamera ini meniru fungsi yang ada pada kamera digital SLR profesional. Ini termasuklah ciri autofocus, white balance dan mengurangkan masalah cela (noise). Bagi memudahkan ia diakses, kamera belakang boleh diaktifkan dalam tempoh 1.2 saat dengan menekan butang menurunkan suara ketika peranti ini ditutup.

Di bahagian hadapan, Ascend P7 dipasang dengan lensa bukan sfera 8MP lengkap bersama perisian IMAGESmart 2.0. Direka untuk merakam gambar sendiri (selfie) yang lebih baik melalui peningkatan wajah automatik 10 tahap dalam mode cantik (beauty mode), kamera hadapan 8MP ini juga menawarkan kecemerlangan dengan fungsi “groufie” yang membolehkan gambar selfie secara beramai-ramai dilakukan.

 huawei-launch-mekanika  (4)

Bagi menawarkan pengguna dengan ketersambungan terbaik, Ascend P7 dilengkapi dua antena Huawei yang direka untuk meningkatkan penerimaan isyarat.

Selain membolehkan tontonan media tanpa had dengan kelajuan 4G LTE. Ascend P7 juga menggunakan teknologi penukaran rangkaian pintar yang berfungsi menstabilkan sambungan, walaupun ketika penerimaan isyarat adalah lemah bagi meminimumkan penggunaan bateri.

 huawei-MediaPad -M1-mekanika (2)

Selain itu, Huawei juga terus mengembangkan portfolionya di Malaysia dengan  memperkenalkan satu rangkaian peranti dengan keupayaan LTE seperti Huawei MediaPad X1 7.0, Huawei MediaPad M1 8.0 dan Ascend G6.

“Selaku peneraju dalam jalur lebar bergerak dan rangkaian LTE generasi seterusnya, Huawei telah mengoptimumkan keserasian di antara rangkaian dan peranti di Malaysia. Malaysia kekal menjadi pasaran penting dalam strategi pertumbuhan kami di rantau ini. Kini, Malaysia berada di kemuncak evolusi 4G LTE, era masa depan ketersambungan mobil yang sebenar,” jelas Gary.  

Huawei-TalkBand-B1-mekanika

Huawei turut memperkenalkan peranti yang boleh dipakai keluarannya, B1 TalkBand. Huawei Ascend P7 memasuki pasaran Malaysia dalam tempoh beberapa minggu selepas dilancarkan di peringkat antarabangsa. Didatangkan dalam warna hitam dan putih, Ascend P7 ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif iaitu RM1,499.

Harga peranti yang lain adalah seperti berikut:

• Huawei X1 7.0 LTE (RM1,399); 3G (RM1,299)

• Huawei MediaPad M1 8.0 LTE (RM1,099); 3G (RM899)

• Ascend G6 LTE (RM899); 3G (RM749)

• TalkBand B1 (RM499)

Hyuawei-Ascend-G6-mekanika (1)

Peranti-peranti ini boleh didapati di semua gedung sah Huawei bermula hari ini. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.Vmall.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button