Buletin

INI ADALAH SENARAI KERUSI KERETA TERBAIK 2017- HASIL TINJAUAN 77,000 PEMILIK

Ini mungkin sesuatu yang jarang kita dengar, JD Power, firma global yang terkenal dengan hasil dapatan kajian pelbagai bidang telah mengeluarkan satu senarai rasmi kerusi kenderaan terbaik bagi tahun 2017.

BACA: KIA NO 1 INDEKS JD POWER

Bagaimana kajian dilakukan?

JD Power mengambil sampel dari 77,000 responden apabila mereka membeli kereta baru. Kajian ini dibuat bagi tempoh 90 hari dari kereta tersebut dibeli dan pelbagai soalan diaju kepada pemilik mengenai kepuasan terhadap kerusi kenderaan mereka.

Ia dibahagikan kepada tujuh segmen dan skor markah/masalah setiap segmen ini akan dibahagikan per 100 bagi setiap segmen.

HARGA PORSCHE CAYENNE DIUMUM

Anugerah kemudiannya diberikan kepada pembekal kerusi tersebut. Sementara berikut adalah senarai kenderaan yang memenangi skor terbaik dalam kajian mereka. Ini adalah pemenang keseluruhan

  1. Ford Escape
  2. Ford Edge
  3. Audi A3
  4. Kia Cadenza
  5. Chevrolet Cruze
  6. Porsche Cayenne
  7. Toyota Tundra

Pembekal dari Kanada, MAGNA memenangi tiga daripada tujuh anugerah yang dipertaruhkan menerusi model Audi A3, Ford Edge dan Escape.

Sementara pembekal dari Ireland, IDIENT pula di tempat kedua menerusi model kia Cadenza dan Porsche Cayenne.

Menurut JD Power, keputusan ini membantu pengeluar/pembekal untuk meningkatkan kualiti produk mereka. Kebanyakan skor ini diperoleh menerusi aspek keselesaan.

Melihat pada senarai ini juga agak menarik kerana banyak calon kereta yang sepatutnya bereputasi tinggi, gagal memenangi hati pengguna.

Audi A3 di tangga ke tiga keseluruhan berjaya menewaskan model yang lebih mewah dalam kategorinya seperti Lexus RC, Audi A6, Porsche 911 dan Lexus GS.

Bagi kategori kompak massa Chevy Cruze menewaskan Honda Civic dan Mazda MX-5 Miata.

 

 
Google ads
Back to top button