
LAMBORGHINI PERTAMA DI DUNIA DENGAN ENJIN HONDA – KAHWIN CAMPUR ITU INDAH
Penukaran enjin kereta dah biasa kita dengar dan biasanya enjin standard asal akan digantikan dengan enjin gantian yang lebih berkuasa. Lain pula halnya di Thailand bila sebuah pasukan lumba memasukkan enjin Honda ke sebuah Lamborghini Huracan Super Trofeo!

Bunyi macam gila kan? Tapi ia merupakan satu langkah bijak untuk menyertai perlumbaan 25-jam endurance tahun depan. Demi ketahanan enjin V10 asal diketepikan dan digantikan dengan enjin VTEC yang lebih kecil. Saiz je kecil tapi kuasanya agak besar.
Menurut peraturan perlumbaan tersebut, Huracan Super Trofeo Evo tidak layak menyertainya dengan keadaan standard. Jadi PSC Motorsport mengambil langkah bijak dengan menukar enjin Lambo tersebut dengan enjin K20C 2.0 liter yang sama seerti digunakan Honda Civic Type R FK8.

Menurut video Youtube Edd Ellison, enjin K20C tersebut dikekalkan dalam keadaan standard tapi dengan bahagian kemasukan udara baharu dan intercooler yang diletakkan di bahagian atas. Menariknya mereka juga berjaya menggabungkan kotak gear asal enam kelajuan asal Xtrac Super Trofeo dengan enjin ini.
Kini enjin ini mampu menghasilkan 350 hp kuasa maksima dan 500 Nm tork pada roda belakangnya. Oh lagi satu, pengecasnya turbonya juga lebih besar sikit berbanding FK8. Dey, tadi kata enjin standard?
Sudah tentu ia tidak mempunyai kuasa seperti Huracan asal tapi ketahanan adalah jauh lagi penting dalam perlumbaan endurance. Penggunaan komponen-komponen yang dihasilkan dari serat karbon membantu mengurangkan lagi berat kereta ini.
Kalau tengok dalam video pun tak adalah perlahan pun kereta ni walau pun menggunakan enjin yang lebih kecil. Mana enjin asal Lambo tu bang? Nak try pasang kat Alza ni.
