Artikel Pilihan

ENJIN V12 INI HASILKAN 1100 KUASA KUDA TANPA TURBO

Bagi kebanyakan enjin moden, adalah mudah untuk memastikan ia menghasilkan kuasa yang tinggi seperti kita mahukan. Tambah sahaja turbo, letakkan tekanan boost yang tinggi dan pastikan komponen dalaman enjin cukuo kuat untuk berdepan dengan tekanan yang tinggi. Tahu-tahu sahaja ia sudah menghasilkan 1000 kuasa kuda

Tapi berbeza dengan firma perlumbaan iaitu Cosworth, mereka menggunakan idea yang lain bagi menghasilkan enjin yang boleh menjana 1000 kuasa kuda iaitu dengan menggunakan kaedah aspirasi normal. Enjin V12 ini digunakan untuk supercar Aston Martin Valkyrie

Jadi berbeza dengan enjin moden yang menggunakan sesaran kecil bersama-sam turbo, Aston Martin Valkrie menggunakan enjin bersesaran 6500cc yang berupaya diperah sehingga 11,100 RPM. Enjin ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk litar malah boleh digunakan atas jalan raya dengan sah

Bagi mengurangkan berat supercar, enjin ini direka sangat ringan iaitu sekitar 204kg sahaja malah ia bertindak menyokong integriti cesi. Ini bermakna enjin ini adalah sebahagian daripada struktur cesi walaupun enjin ini sangat ringan.

Dari segi nombor, enjin V12 6500cc ini menjana 1000 kuasa kuda pada 10,000 RPM dan 740Nm tork pada 11,100 RPM. Walaupun enjin ini adalah direka khas untuk perlumbaan, tapi jangka hayat enjin ini adalah lama iaitu sekitar 100,000km sebelum perlu dibina semula

Dengan mengenepikan faktor boost, enjin V12 ini bergantung pada 2 faktor utama untuk menjana kuasa iaitu saiznya yang besar dan boleh diperah pada RPM yang tinggi tanpa masalah. Gabungan 2 faktor ini membolehkan ia membekalkan udara yang banyak untuk dibakar bagi menjana kuasa

Antara teknologi lain yang dipasang pada enjin ini termasuklah sistem suntikan bahan api berkembar iaitu EFI dan suntikan bahan api terus, halaju piston yang tinggi ketika operasi iaitu sekitar 25meter/saat dan enjin ini menggunakan sistem gear bagi memacu aci sesondol bukannya timing chain atau belt

Bagi memenuhi syarat pelepasan asap di Eropah, enjin ini menggunakan 4 catalytic converter bagi menapis semua asap yang berbahaya dan mencemarkan alam sekitar ketika beroperasi

Google ads
Back to top button